Sunday, March 3, 2013

Casserole Recipe

Assalamualaikum Puan-Puan semua..

Kembali kita dalam rancangan masak-masak di blog. Tadaa...haha. Berkerun lama dah tak share recipe dekat sini kan? soo demi menunaikan janji lama kawan-kawan yang minta resepi casserole yang saya pernah bawa ke hostel satu ketika dahulu, dan atas permintaan cousin saya syifa', ayuh! kita mulakan dengan menyediakan bahan-bahan!

Bahan-Bahannya :

4 biji kentang

  • direbus, kemudian dilenyek. kalau nak cepat blender je terus. letak garam secukup rasa dan gaulkan dengan mayonnaise


1 peket gomiti pasta a.k.a elbow macaroni

  • direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun. Bila pasta dah lembut sikit, letak fresh milk 1 cawan. biar mendidih dan kering sedikit. biarkan pasta tu serap susu tu sampai kembang k.


Daging / Ayam

  • direbus sehinga kering. masa rebus tu letak la kayu manis, garam, perasa, black paper sikit, buah pelaga, bunga lawang 


Cheese yang diparut.

  • boleh guna mozzarella cheese atau cheddar cheese. ikut mana suka. lagi banyak lagi best! =) 

2 biji Tomato besar dipotong bulat

Serbuk oregano

Banyak bukan bahan-bahan yang perlu disediakan? bersabarlah... teruskan menyediakan sauce nya pula..

Bahan-bahan sauce :

1 tin tomato puri
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu minyak @ butter untuk menumis
secubit garam, serbuk perasa, black paper sejemput
kalau suka pedas, tumbuk la cili padi tiga pat biji buh dalam tu.

Cara buat Sauce :

Tumis bawang sehingga kuning
masukkan 1 tin tomato puri
tambahkan secawan air masak
Biarkan mendidih dan masukkan garam,serbuk perasa, black paper secukup rasa.
Bila dah likat dan mendidih tutup api. okey siap sos.

Jom kita combine semua bahan-bahan... tapi sebelum tu sediakan mangkuk cantik-cantik yang dalam sikit. kalau boleh yang boleh tahan panas oven macam pingan mangkuk vision. kalau takde, guna loyang kek yang tinggi sikit tu pon takpe. okey tak setakat ni puan-puan? Ayuh teruskan membaca cara-cara membuatnya pula... *lap peluh*

Cara-cara membuat Casserole :

Buat pengetahuan puan-puan casserole ni merupakan makanan yang berlapis-lapis. haa... maksudnya dalam satu dish tu wajib ada semua.. daging, pasta, sayur, sos. Jadi mari kita mula campurkan semua bahan-bahan yang kita rebus tadi..

1) Lapisan bawah mangkuk, kita mulakan dengan meletakkan kentang lenyek (mash potato) tadi. Letak separuh dari yang dah dibuat tadi.
2) Atas mash potato tu letak pula separuh daging rebus. ratakan.
3) kemudian masukkan sos yang dibuat tadi atas daging tu. banyak-banyak lagi bagus. tapi simpan sikit untuk lapisan kali kedua.
4) Kemudian letak pasta yang telah direbus dengan susu tadi atas tu.
5) Ulang semuala buat lapis-lapis dari step pertama hingga ke empat tadi.
6) Last but not least, atas pasta tu, hiyas dengan hirisan tomato yang bulat-bulat dan taburkan cheese sebanyak mungkin. yummm!! ;9
7) kemudian tabur serbuk oregano sesuka hati atas cheese tu. nak ambil bau je.
8) Lastly, masukkan dalam oven selama 10 minit @ sehingga cheese cair. 140 degree pon ok. kalau takde oven guna microwave pon boleh.. bubuhla berapa minit pon asalkan cheese tu cair. Bezanya bakar dalam oven lagi sedap laa sebab masaknya sekata sampai lapisan di bawah.

Tips sedap lagi mengemukkan : boleh letak cheese yang dikisar pada lapisan pertama pasta. Dan lebihkan sos.



Ten tedenggg... ini lah rupa casserole saya yang sudah siap dan sedia untuk dimakan. 

Sekian saja resepi casserole dari saya. Diharap puan-puan dapat mencubanya di rumah. Lagi-lagi syifa and the geng, sila cuba buat eh, kak long dah bagi resepi ni.. tak buat, siap! :p

kalau puan-puan masih tak faham boleh tanya ye di ruang comment..
kalau syifa' yang tak faham, sila datang rumah k.long, nanti kita boleh buat sesama. Jangan lupa bawa bahan-bahan semua. Hahaha :)

Itu saja, wa illa liqa' maas salamah! Wassalam.


p/s: Jeles kita terer cakap arab? jomlah kita berbahasa arab! haya bil arabiah ~ haya bil arabiahh.. dengarlah IKIM.FM ! heehee..


No comments: