Assalamualaikum and Happy weekend semuaorang!
Selain pergi kenduri kendara weekend ni kalau tak de buat apa, jom la kita buat biskut. Isnin ni boleh jual dekat office mate. ye dak? boleh laa tambah-tambah duit.
Psst.. awak awak, nak jual nanti, sorok sorok la sikit eh. kang Boss nampak, disuruhnya kita pergi buka syarikat biskut sendiri pulaa. kan. dahh tak boleh kita menompang kerja tempat dia. kerja kemana, biskut kemana.. haaa... taknak taknak taknak! Eh, tapi kalau dia nak beli samaa, kita jual jelaa kan? meahahahahaa! ;()
Biskut ni senang saja. sedap pun sedap. Haaa.. Mula-mula sediakan bahan-bahan dulu k.
Bahan-bahan untuk 140 biji biskut :
250g salted butter (make sure biar pada suhu bilik)
200g Brown sugar (saya suka guna gula perang sebab dia tak terlampau manis)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
500g Tepung serbaguna
2 sudu kecil baking powder
200g chocolate chip
Cara membuat biskut :
1. Pukul butter dan brown sugar sampai dia betul-betul putih gebu. *penting! memang kena sampai gebu*
2. Masukkan telur satu per satu dalam butter tadi. letak esen vanila dan pukul seimbang.
3. Campur tepung dan baking powder kedalam adunan sikit demi sedikit. pukul perlahan sehingga sama rata.
4. Gaulkan chocolate chip manggunakan spatula ke serata tempat dalam adunan tu.
5. Kaut doh sebesar ibu jari menggunakan sudu, dan susun jarak-jarak di atas tray. lepastu..
6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15 minit.
7. Dah masak, alihkan atas wire rack macam dalam gambar tu. Biar sampai betul-betul sejuk baru masukan dalam bekas.
Yeay! dah siap.. esok bawak gi office eh eh.. hehee~ :D
5 comments:
ni baru betul "nak biskut"? nampak sedap sangat hehehe... done follow u - Noob
simplenye resepi..bolehlah cuba nnti..
@prince of noob : sedap... nah nah amik makan..
@anne raini : cubalah.. nanti inform kita eh jadi ke tak.. :)
nampak sedap... terliur waktu first time tgk gambaar tu.. :)
boleh tak kalau makan biskut bercirikan chipsmore ni tak perlu nak lekat-lekat kat lelangit. benda ni yg selalu bantutkan keinginan aku untuk makan. :)
Post a Comment