Assalamualaikum dan salam awal muharam semua...
Semalam baba hadiahkan kami adik beradik Planner Islamiah. Best juga buku planner kali ni. Baba memang macam tu.. memang suka belikan kami diary setiap awal tahun. Supaya kami belajar merancang setiap perkara dan tulis apa yang patut dalam diary tu.
Saya sebenarnya kagum dengan baba. Baba jenis yang suka merancang, menulis setiap perkara dan kuat berkerja. Tapi antara kami adik beradik takde siapa yang macam baba. hahaha. Semua jenis kena paksa baru nak buat. Teruk betul. haihh..insaflah...*cakap pada diri sendiri juga* HAHAHA.
By the way ni planner book kami ... insyaAllah azam baru kali ni. semua kena tulis!
Planner Islamiah ni publish by Sterling Crown Sdn Bhd. korang boleh dapatkannya di mana-mana bookstore terdekat. Yang duduk bangi boleh dapatkan di Syabab,PKNS tu okey. Bagi saya Planner Islamiah ni bukan macam buku planner biasa biasa. Dalam dia ada banyakkkk nasihat dan informasi islam yang sangat berguna. Ada cerita tentang Napoleon Bonaparte, ada garis masa perjalanan hidup nabi Muhammad (S.A.W) ada gambar pergerakan bulan dan banyak lagi... kesimpulannya bestlah ada Planner book ni!
Meh saya share sikit info yang saya baca tentang syaitan dari dalam buku tu eh...
9 Jenis anak syaitan
Ummar Al-Khatab (r.a) berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1) Zalituun
Duduk di pasar dan kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Dia menggoda manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
*mama saya baca pasal zalatuun ni kuat kuat dekat saya "hah k.long! zalituun ni suka shopping!" huhuhuhuu sabo je laa. terasa... aaaaa*
2) Wathilin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3) A'awan
Menghasut pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4) Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat. Contoh; disko dan tempat-tempat yang ada minuman keras.
5) Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6) Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7) Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, dia akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga.
8) Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9) Lakhuus
Merupakan sahabat orang majusi yang menyembah api/matahari.
Nama-nama ni jangan dijadikan nama anak pula. nama syaiton ni. haaa... apa-apa pun, didoakan mudah-mudahan kita semua dijauhi dari hasutan-hasutan mereka ini. InsyaAllah. Ya Allah, bantulah kami ya Allah. hindari kami dari gangguan mereka ini... Amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment