Thursday, July 5, 2012

Salam nisfu syaaban

Assalamualaikum...
Salam nisfu syaaban kepada kawan-kawan semua. Di kesempatan ini saya memohon kemaafan kepada semua atas segala khilaf, baik secara lisan mahupun tulisan. Mudah-mudahan dengan memaafkan kesalahan sesama insan, bakal cantik berserilah buku amalan. InsyaAllah.



Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ayuh! sama-sama menggandakan amalan pada hari ini. Try to do something inshaallah, even if its as little as just some zikr. Also encourage others, our friends and our family as many as we can. Jangan lupa doakan saya juga okey. May Allah SWT be happy with all of us inshaallah. Amin.

No comments: