Iye, intro pun sudah menunjukan sedikit keinsafan. Biarlah.. jarang-jarang sekali datang 'rasa' itu. Bila datangnya rasa itu, tak salah berkata-kata jiwang, bermadah pujangga. kerana 'rasa' itu manis dan tak tercemar oleh nafsu. Bila 'rasa' itu datang segala luahan itu pahala, segala rindu itu pahala, dan segala perkongsian tentang 'rasa' itu insyaAllah merupakan pahala.
Rindu yang dikatakan memberi pahala dan dikatakan anugerah itu seharusnya adalah rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah. Bukan kepada makhluk. Tambah-tambahan lagi pada insan (si pelupa) yang entah belum tentu halal bagi kita ini, yang juga si pelupa lagi alpa. Rasa cinta agung ini sangat manis, sangat tenang, sangat hiba, sangat syahdu, sangat indah. Terlalu indah sehingga habis kata-kata indah di dunia ini untuk mengungkapkan keindahannya.
Entah, mungkin 'rasa' yang ada dihati sekarang hanya secebis kecil yang terlampau halus dan sukar dilihat dengan kanta pembesar. kanta cembung ke, kanta cengkung pon tak nampak juga. Iya, memang.. memang 'rasa' yang sedikit itu sangat dalam. terasa menusuk, yang teramat dalam. Mudah-mudahan bercambahlah 'rasa' itu, mekar dan kembang sebesar-besarnya. Ah, tidak dapat dibayangkan keajaiban keindahan rasa cinta itu bila ia subur mekar. Indahnya! subhanallah!
Saya ingin berkongsi satu video dengan kalian semua. Video yang dipost oleh sahabat saya semalam di fesbuk. Ya, saya baru sahaja habis menonton short film ini tadi. Sebentar sahaja tadi.. dan bagai ditabur baja berkualiti pula di atas 'rasa' dihati ini. Satu ketukkan kesedaran. Message yang hendak disampaikan sangat bermakna. Tahniah buat Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis yang menerbitkan film pendek ini. Ayuh kita saksikan bersama, moga-moga tertimbul juga sekelumit 'rasa' dihati.
- Berbaloikah memaknakan erti sebuah cinta pada insan lain jika rindu dan kasih Rasulullah S.A.W terhadap umatnya, langsung tidak cuba dibalas?
- Berbaloikah memaknakan erti sebuah cinta pada makhluk jika rindu dan kasih sayang pada pencipta, Allah S.A.W yang maha Esa, yang maha pengasih lagi maha penyayang pada hambanya, langsung tidak diendah?
Semoga kita sama-sama mendapat taufiq dan hidayah (petunjuk dan panduan) dari Allah S.W.T. Amin.
1 comment:
amin..
Post a Comment