Sunday, December 4, 2011

Chocolate lava cupcakes

Hola all!! lama sungguh chef rimau tak share resepi di blog ni. Jom! kita masak-masak untuk mengubat hati yang lara.. hahaha.

Hari ni kita buat Chocolate lava cup cake!! yeay!! :)
Kenapa nama dia ada lava? sebab kita nak kasi coklat cair dalam kek tu DuMM! DuMM! meletup dan meleleh-leleh macam lava volcano. Sesaje ezejerit je nih.. jangan percaya. hehehe.

Pasti korang semua tahu, coklat dapat merangsang endorphin supaya kita dapat merasa seronok dan gembira. Selain itu coklat juga ada serotonin yang bertindak sebagai anti-depressant. Okeylah cukup dengan fakta-fakta itu. Ayuh kita bersuka-ria!

Mula-mula sediakan pekakas dan bahan-bahan kek dulu..


Pekakas:

1) cawan kertas untuk cupcakes. (kalau takde stok cawan kertas tu dirumah, guna saja cawan kertas untuk muffin nih. boleh sajaa dong! Gunung berapi banyak di Indonesia *tetiba* hahaha)
2) Mixer
3) cawan sukat
4) plastik putih lutsinar
5) lidi satay


Bahan-Bahan:

(1) 1 cawan gula pasir
(1) 2/3 cawan magerin / mentega
(1) 1 camca esen vanila

(2) 2 1/2 cawan tepung kek (kalau dah habis, guna tepung biasa pun tak pe)
(2) 1/2 cawan serbuk koko
(2) 1 1/2 camca baking powder

(3) 100 ml susu segar
(3) 100 ml air

(4) 2 biji telur (tak yah pun takpe, saya dah pernah buat)

(5) 2 bar coklat masak yang di kacip sebesar ibu jari . Kalau kacip lagi besar, lagi cepat hilang stress! hahaha


Dah selesai? apalagi jom buat kek! :)

Cara-cara :

1) Campurkan bahan yang bernombor (1) dalam mixer. pukul sampai sedikit kembang.
2) Campurkan bahan yang bernombor (2) dalam satu bekas
3) Campurkan bahan yang bernombor (3) dalam cawan sukat




4) Masukan telur, gaulkan. Tepung, gaulkan. dan Susu, gaulkan. Buat berselang-seli sebanyak tiga kali sehingga habis.



5) Bila dah sebati, tuang adunan dalam pelastik dan ikat dengan getah. (saya lebih suka buat macam ni dari kaup pakai sudu)



6) Potong hujung pelastik dan tekan adunan kedalam cup.
7) letak coklat yang di potong di tengah-tengah dan tekan kedalam mengunakan lidi satay.



8) Panaskan oven 140 darjah. masak selama 20 ke 25 minit.



Nampak kek dah lekang sikit dari cup tuu.. masak le tu.. hehehe



okey happy??! yeayy 46 biji cup cake sudah boleh dimakan!! tapi awas! biar dia sejuk sedikit baru makan.. takut nanti melecur bibir terkena lava chocolate tu! :))



P/S: Mama saya kata, saya lahir pada hari Asyura :))
Kepada yang berpuasa 9&10 muharam atau 10&11 muharam, atau ketiga-tiganya selamat berpuasa ye!

10 comments:

mR.aSLaN said...

awak buat kek ni lebih2...
nanti hantar kat rumah saya tauu
pleaseeee .
lapar laaa

che sakinah said...

mr.aslan rumah awak kat mana? kalau area bangi boleh le hantar. hehehe
cebuat sendiri.. bukan susah mana pon :)

mR.aSLaN said...

haa bangi?
tak jauh .. kat melaka jer..
btw abg saya kat ukm klu sy singgah leh laa dapat free:-)

che sakinah said...

hamoih hamoih. bak sini duit butter n tepung saya tolong buat kan kalau nak... hehehe

btw, ukm dkt je. rojer je la kalau singgah bangi :)

Amierah Nabillah said...

wahhhh!! sedapnya *nangeh* :'((( nak jugak :(((

AINNZ ABIGGAILL said...

alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..rindunya naik main bake2 muffin..dh lama xpegang oven ni..giann

Pondok Usang said...

sedapnya... antarla kat org kajang ni sikit..

Solihin Zubir said...

rajinnya buat kek.. hehe..

owhh.. anak asyura la ni eh.. ;-p

selamat hari lahir dlm bulan Islam lah ye..

nnt buat bubur asyura coklat ye.. ;-p

Sizzling Suzai said...

wahhhhhh hebatnyerr..sy baking2 ni lemah sket tgh brusaha lg ni!!haha..le la mnta kinah jd sifu ek =)) nak rase sket anta r kat bilik!!!

che sakinah said...

@ Amierah : eh janggan nangeh.. cubalah buat dirumah ye:)

@ainnz : takpe, nanti bila balik je rumah lepaskan gian dengan oven tu. masak le puas2 :)

@Pondok usang : Banjir lagi tak dkt kajang? tunggu surut dulu lah baru boleh pergi ... heheheheee ;)

@Solihin Zubir : makaseh :) err, ade eh bubur coklat asyura?

@ suzai : cayuk! cayuk! suzai mesti boleh! eh jap, awak hafsah block mane eh?