Sunday, April 17, 2011

Jom jadi Genius gaya Michael Scofield

Korang penah dengar tak kata2 ni..
" Genius is 1% inspiration and 99% perspiration"
?
Nampak tak?.. haa.... sebenarnya kerja keras (hard work) merupakan penyumbang utama untuk seseorang tu menjadi genius.

Saya: Ba, dia tak pe la boleh buat.. dia genius. ( mengeluh membandingkan diri dengan Scofield)
Baba: mana ada orang lahir2 genius.. semua benda kena usaha.
saya: ade r... ... ... (confident kerbau jeh...)

Lepas borak2 dengan ayah saya masa lunch tu saya terfikir.. eh! betul laa.. kita semua boleh jadi Genius! Cemana caranya? haa.. tak susah sangat pon nak jadi genius ni.. tak caya? *ini bukan ayat belagak k... ini ayat eksyen je.. ahahaha*

korang mesti pernah tengok cerita Prison Break yg best tu kan.. ya, cerita tu dah lama. Senang sikit nak cerita dekat sini sebab hampir semua orang dah tengok. Jom kita kaji watak dalam cerita ni sebagai contoh.


Walaupon sebenarnya saya sangat suka pelakon Robert Knepper yg pegang watak T-Bag tu.. (sbb bagi saya Robert sangat genius!) tapi ofcoz lah saya tahu korang tak mahu jadi genius macam watak dia, T- Bag tu... korang mahu jadi genius macam Michael Scofield, hero prison break... saya faham.. saya faham.. hehehe..

Dengan mengikut 3 gaya atau perwatakan Michael Scofield ni, korang pon boleh jadi genius..

1) Daya Focus yg tinggi.

Bila kita buat sesuatu kerja, kita kena focus 100% . Lebih hebat kita focus pada sesuatu perkara, maka lebih hebat dan kreatif kita dalam mencapai sesuatu matlamat. Macam mana kita nak ada daya focus yg tinggi? kita kena ada matlamat. Contoh scofield eh, matlamat dia satu je. nak keluarkan Abang dia dari penjara. Apa2 pun yg dia buat dia akan focus untuk selamatkan abang dia.

2) Perancangan yg rapi

Orang genius ni selalunya ada kaedah dan cara yg sistematik bila menangani sesuatu isu, masaalah atau kerja. Dia akan tulis setiap langkah mengikut prioriti. Mana yg nak kena buat dulu, mana yg nak kena buat kemudian. Ada strategy gitu... mcm kita tengok scofield la kan.. dia buat analisis dulu cari punca masaalah, cari blueprint Fox River dulu, rancang elok2 cemana nak break in, nak duduk dengan sapa dalam cell tu.. haa.. pastu tulis semua strategy, fomula2 dan lukis plan pulak atas badan.... hoi! yg korang tu tulis atas kertas dah la.. lebeh2 pulak nak niru nyer !


3) Open Minded dan sedia terima idea2 baru

kita kena buka fikiran dan imaginasi kita kepada idea2 baru. Bebaskan fikiran kita. macam mana nak jadi open minded?haa... kalau nak share sini.. panjang nak kena elaborate.. satu entry pon belum tentu cukup. Tapi practice satu benda ni.. art of listening! ya.. memang susah.. orang macam2.. idea macam2.. memang susah nak dengar pandangan orang lain ni.. tapi benda ni sangat penting dan berharga untuk kita belajar sesuatu yg baru dalam hidup. Malah dapat membatu kita melihat kehidupan ni dari pelbagai sudut yg berbeza. Dalam Prison Break banyak situasi Michael Scofield being open minded and terima idea kawan2 dia yg lain (8 escapees).. korang dah tengok.. korang tahu la kan :)

So, jelas dah dkt sini yg genius boleh dipelajari oleh semua orang.. tak caye tanya Dr. Irfan Khairi... mesti dia kata : " apa pulak tak betul nye.. point saya kot semua tu.. takpe2.. Sakinah ni suka baca artical yg saya tulis la tu.... " ngeeheheee... ;p

Okeylah.. saya bagi satu point saya sendiri lah.. ini paling penting. kalau practice.. insyaAllah... kita semua will definitely turn to be incredibly genius..

4) Yakin dengan kalimah La ilaha illa Allah, Muhammad rasulullah.

Sapa cipta watak scofield dalam prison break? Paul Scheuring kan.. tapi sapa yg cipta otak Paul?

Yakin lah! Semuanya dari Allah.. genius ke hape ke.. semua dari Allah.

Tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah. Tiada sebaik-baik jalan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan melainkan dengan hanya mengikut cara kehidupan yg ditunjukkan oleh Nabi Muhammad pesuruh Allah. :)



P/S: Semoga kita semua menjadi seorang yg genius tak kira apa pun kerja yg kita buat. Ameen.

1 comment:

Leya said...

ahh kak kinah i lurve this show...
hensem plak tu..hehe
tpi dah hbis.... =( kan kan..creative gler...