Thursday, April 28, 2011

Halal English Breakfast

Asssalamualaikum Puan2 dirumah.. bertemu kembali kita dalam rancangan Makan Untuk Hidup Bukan Hidup Untuk Makan.*panjangnye nama rancangannn..

Bersama2 kita pada pagi ini ialah Chef Rimau.. tetamu yg dijemput khas dari rimba Capetown.
silakan Chef Rimau..Chef Rimau: Terima kasih che sakinah yg beautisome! GhauMm.. ;)
Apa khabar Tuan2 Puan2 dirumah? sihat? Baik lah... hari ini saya akan tunjukkan cara2 menyediakan Halal English Breakfast. Mudah saja..


1) Goreng telur separuh masak. tak perlu terbalikkan ye..
2) Goreng sausage daging lembu atau ayam tak kesah.. ikut cita rasa.
3) Goreng daging burger pula.. tak kesah juga daging apa asalkan bukan BaAlifBaYa! GgHhauMM! ;[]

Buat pengetahuan puan2 dirumah ye, hidangan ni dinamakan English Breakfast kerana ia merupakan sajian tradisi orang british sejak era Victoria lagi. Macam kita, orang melayu, makanan pagi turun temurun kita Nasi Lemak la kan... Dulu2 Chef Rimau makan nasi lemak hari2 dkt sekolah, waktu rehat pukul 10 pagi tuu.. xde le pulak obesity nye. entah. hairan. nape nasi lemak pula disalahkan. GhauMm!

Seterusnye ye puan2..


4) Goreng Brokoli dngan minyak zaitun. bubuh sedikit perasa. garam. lada hitam. Bila sudah agak2 masak.. masukan mushrooms dan tomato yg dipotong dua. Goreng dalam 4 minit. Hidang seperti dalam gambar.

5) Dalam masa yg sama, puan2 masak la Baked Bean dalam periuk. Baked Bean ni ada di pasaraya ye puan2.. dalam tin. macam2 brand ada.. contoh ; ayam brand. kalau puan2 suka pedas.. masukan juga 2 biji cili padi dihiris melintang. Dah mendidih, hidangkan seperti didalam gambar.

Tadaa.. dah siap pon... hidangkan dengan roti bakar dan fries..
Untuk lebih lenkap , bancuh la air teh. kalau ada jus oren .. hidang sekali. lengkap lah sudah Halal English Breakfast kita.. jemput makan ~ :D



Kenapa Chef Rimau letak halal pada nama menu kita ini? haa.. puan2, org putih ni suke BaAlifBaYa puan2.. cuba tengok english breakfast sebenar di bawah ni.. (gambar chef Google punya)

Tengok.. apa yg tak sama dan tak ada dlm ingredient kita? yaa.. benda hitam bulat tu.. itu bukan biskut puan2.. itu black pudding. hEiiee yaekeeeks! black pudding tu dibuat dari lemak2 dan darah BaAlifBaya. tak caya gi tanya Chef Google. Kedua, yg daging tu.. pepaham le daging apa ye puan2.. sbb English Breakfast ni nama lainnya Bacon and egg. Memang tak halal.. GhauMM!

Chef Rimau berharap puan2 dirumah boleh lah mencuba resepi Halal Breakfast ini ye.. lebih sedap! lebih sehat! lebih terjamin halalnya! semoga kita bertemu lagi di rancangannnn.. Makan Untuk Hidup, Bukan Hidup untuk Makan... daaaa.. GhauuMM!!


P/S: Menyinga bila nampak kawan2 berugama Islam teguk air setan dan makan Babi. Ngok! apa masaalah kaw?! GGHAAUMM!!;[]

14 comments:

Anonymous said...

apesal die makan gak? ishhh

-ARC

chesakinah said...

ARC : dia ingat boleh jadi mak saleh le kot.. puiih! ;B

Anonymous said...

sengal! xD
-Kdja

Anonymous said...

haha,funny,best. sy time sekolah hari2 makan nasi lemak x2,skrg mmg obesiti.

-=http://garismasa.blogspot.com=-

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Sy mau muntah tgk black pudding tu. tuih tuih!

Twit N View said...

lapar plak tetiba sedangkan dh bekpes tadi...hehe

Unknown said...

(tengah bygkan mcm mana rupe chef rimau pegang kuali ngan tapak tangan dia hahahahaha)

ok, sarapan ni baguih...pastinya untuk org yg rajin..banyak benda nak kene goreng...

tapi kalau nak lagi sama ngan english punya...boleh beli 'beef' bacon (halal) dan Turkey Ham (halal) di pasaraya ye.. :) hehehe

Anonymous said...

on cost sume nyer brapa chef rimau ?cam km ni stdnt cam ssah jer nk wat?hehe..ghaum..pape pon tahniah sbb alternatif kpd yg halal~~ghaum3..From Mis asma ,raja kancil benua afrika..

chesakinah said...

@ kdjah : ;p

@miwqa : sehari 2x makan nasik lemak? terer tu bro.. bersukan x masa skolah dulu?

@kak jiha : tu la.. tak lalu.. cuba Google mau temuntah tengok gambo black pudding tu ..

@tnv: nampak makanan je lapo ek.. hahaha.. same le kite..

@zulfikar : selalu kalau nak buat breakfast ni kena tunggu hari cuti. kalau nak buat hari kerja, kena guna 4 dapur bagi cepat. yup betul.. boleh je beef n turkey ham. saya pernah buat menu ni untuk supper.. dan saya tambah chicken grill.

@ asma : kalau buat full English breakfast ni mahal juga la untuk student. kalau makan reramai, share2 duit ok je.. hahaha..
satu tin baked bean lebih kurang rm 4.00. swiss mushroom beli dkt giant yg dah siap potong rm 4.00. kire semua2 rm 20. ok kot tu.. sbb makan sekeluarga.
buat simple breakfast je pon ok dah asma. 2telur + 2sausage + baked bean. :)

SRenungan said...

assalam..
harimau pun mkan makanan halal~he3 just joke..
cam best je hidangan ni.. :)

chesakinah said...

wassalam...
mestilah saya seEkor muslim... dah tiger lord seorang muslimah ;)

sile2 buat kt rumah :D

shamyheart said...

uii, macam sedap.. Nak cuba la..

chesakinah said...

sile2.. kalau sedap buat lagi :)

Anonymous said...

Useful info. Fortunate me I discovered your site unintentionally, and I'm shocked why this accident didn't took place earlier!

I bookmarked it.

My homepage :: http://pornharvest.com/index.php?q=nubiles+verasha&f=a&p=s