Duduk rumah time cuti2 ni memang membina badan. memang makan je keje.. tak pon tido.. omagosh.. tak boleh jadi nih! korang jangan biar tabiat cemni melarat bahaya.. bangun2! pagi lepas subuh tu jangan tido.. gi taman exercise, jogging.. yg duduk dekat seksyen 9 bangi tu.. Taman Cempaka tu dekat la yg amat.. sekangkang kera ja.. pergi laa.. susah2 kerajaan buat suruh korang pergi. tak pergi jugak. Saya lain la.. ada alasan.tuu lah tu.. dekat sangat dngan McD! lemah betul nampak lambang M besar tu.
Hari ni saya dan keluarga betukar angin, pergi Taman Botani Putra Jaya pula. Lama dah x pergi. tu pon tak jauh mana.. takde la sekangkang kera.. berkera2 jugak la sebab kena pergi naik kereta. Saya suka pergi weekdays sebab tak ramai orang. Baba tak kerja hari ni. xde meeting, xde apa. tu yg dia boleh pergi sama. Jarang tau boleh ada masa2 macam ni. :D
korang yg belum pernah datang Taman Botani meh le datang.. taman yg indah ditengah-tengah bandar ni. Taman ni buka tiap2 hari dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Luas tau taman ni. boleh joging puas2 sambil menikmati keindahan bunga dan tumbuhan yg cantik2 dan unik.
Dekat sini ada Floral Gardens, ada Sun Garden, Palm Hill, Fern Garden, Vine Garden,ada Morroccan Pavilion. cantik seni binaan dia. tapi tadi pergi ada construction dkt situ.. tak masuk pun dalam. tengok2 luar je. ermm.. ape lagi eh?.. haa.. ada seafood restaurant! *psst.. mahal.. hehehe ;D
Siakap RM 60 lebeh. harga termasuk masak sekali. *dkt pasar RM 12 - 14 je. masak kat rumah pon sedap.*
Lupa nak cakap.. masuk free! tapi kalau nak sewa basikal ke , nak sewa tram ke, nak sewa tapak untuk buat aktiviti ke.. kene la bayar iyea.. idak le free je semua.. kome ni pon.. Jangan risau tak mahal pon. tak caye? Jom tengok harga. click SINI
Mama dan Baba melimpahkan syukur kehadrat ilahi kerana dapat bermain basikal selepas 20 tahun lamanya... *ayat perhimpunan sekolah hari isnin*
Sedang Opi masih bertatih mengayuh basikal, saya sudah mampu berkayuh tampa memegang handlebar... *pengaruh novel*
Bagi yg masih belum pernah datang ke Taman Botani Putra Jaya, bawak2 lah keluarga dan kaum kerabat datang kesini ya! *iklan ini ditaja oleh bunga2 matahari*
Okeylah korang cukup dulu catatan untuk hari ni. kita jumpa lagi di waktu yg lain dan hari yg lain dalam rancangannn... jalaann..jalaann.. cari basikalll!!
P/S: The greatest wealth is health. love you all ♥
3 comments:
bestnya kak kinah.. lg best dr bukit cerakah ni. tp jauh sgt la nk pegi if dr gombak. huhu
mana lak jauh.. sejam sampai. nak datang calling2.. nanti boleh k.kina bawak pergi wetland main kayak. Best! :)
wahh best ni poya2 kt taman botani. tp jauuuh.. hehehe :)
Post a Comment