Okey.. murid2 boleh duduk sekarang.. yg tak tengok sebab tetido atau line tv 3 dia rosak takpe.. dengar cikgu buat review ringkas pasal cerita jagoo ni. Mula2 sekali cikgu bagi tahu makna Jagoo ni 'Bangun' atau 'Bangkit'. baca tajuk saja dah semangat kan? kan? cepat angguk! haa.. bagus2.. mcm tu lah murid cikgu.. hehehe ;p
Cerita ni tentang budak perempuan 9 tahun yg dirogol oleh 3 orang lelaki penagih dadah di dalam keretapi di mumbai. kejadian ini disaksikan oleh seorang tua dan 2 wanita yg hanya duduk diam melihat, mereka tiada daya atau usaha untuk menolong. kalau kita berada di tempat kejadian tapi kita tak de kuasa nak lawan, kita nak tolong buat apa murid2? tolong je.. je.. JERIT.. bukannya kita duduk di.. di.. DIAM.. eii.. pelik cikgu masyarakat ni.. korang tak pelik? oh, lupa cikgu nak cakap tadi.. cerita ni based on true story..
Budak tu kemudiannya mati dihospital kerana kecederaan yg parah. berita kematian pelajar perempuan ni heboh dan menggugat keselamatan penduduk setempat. Keadaan masyarakat dlm cerita ini digambarkan seperti sudah tidak percaya lagi pada kusa polis sebagai penjamin keselamatan dan keamanan penduduk.
Nak jadi cerite ada sorang polis baik nama dia Inspector Saab Kripa Shankar, hero la kira dlm cite nih. dia telah ditugaskan untuk menyiasat kes budak perempuan 9 tahun nih. Dalam usaha dia menangkap dan mendakwa penjenayah2 ni banyak la the ugly reality of life terdedah. 2 orang dari penjenayah tu merupakan anak kepada pegawai kerajaan. Dah masuk kes orang2 besar ni banyak la isu2 politik yg berkait-kait. Rasuah, tipu helah, tuduh menuduh, fitnah menfitnah, jaga puak.. macam2 lah.. semuanya ada dalam cerita ni.
Akhir cerita ni, anak orang besar tu di jatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan rogol dan bunuh yg dia telah buat.
Moral of the story? banyak.. tapi disebabkan pembebelan cikgu sudah melebihi had limitnya.. tambah esok cikgu ada exam pulak pukul 9 pagi.. (sabo je lah kan.. hahaha).. jadi, cikgu share satu je lah kata2 dari dalam cite tu yg melekat dlm otak cikgu ni :
" undang2 adalah seperti ular sawa, mulutnya kecil.. tapi bila dia dah mula telan sesuatu.. dia akan TELAN sampai habis! "
cikgu bagi rate 4/5 utk cite ni. cun x?
Oh ye lupa.. kerja sekolah korang.. sapa yg tengok cerita ni tadi mesti perasan berita terkini ditengah2 cerita tu.. Datuk Seri Najib ada bagi ucapan masa perasmian taman automotif di komplex pemasaran di pekan tadi. Dia kata " walaupon kita berlainan pandangan dari segi politik, tapi pembagunan di negeri ini (kelantan) tetap kita pentingkan." so, cikgu nak kita semua menjadi saksi untuk kata2 ni esok lusa dan seterusnya.. okeyh? Apa yg pentingggg?... ;)
P/S: Tengok Datuk Sri dan Tuan Guru sama2 tadi dalam TV, one word keep crossing my mind..
10 comments:
tengok gak cite ni tapi sampai habis..pastu sik tukar cite jagoo ngan robot..cedih ar cite ni..nagis lak tengok masa anak dia mati tu..pastu dan dan lak polis kripa tu terlepas keta api..klu tak mesti mak bdk tu tak tikam si jahat..tp pelik, bkn ke kalau kita bunuh sebab terancam tak kena penjara? ye ke?
yang, kalau bunuh orang mmg kena masuk penjara la walau ape jua alasan. tak kira la samaada kita defense diri kita ke x. tapi bezanya tempoh masa tu bergantung atas keterangan kita nanti samaada kita betul defense diri kita atau sebaliknya. contoh dalam cerita ni.. awak rasa mak dia bunuh sebab nak defence diri dia atau sebab nak revenge atas kematian anak dia? haa.. dia tikam bertubi2 tu? rasa2 dia berniat x?.. ;)
salam
gua tengok certa ni semalam..kalaucertamelayu jangan harap ada cam ni
komen pihak berkuasa lagi
last hakim tu letak jawatan..gua salut certa macam ni
hamboi cikgu..sungguh tragis cite ni
Perghh, jarang nak jumpa cikgu cite kat murid dia cite hindustan. BTW, suka kata2 yang undang2 macam ular sawa tu.
tak updat lagi
wei.. jangan cakap cemtu.. maluu.. ahahha.. skang tngah exam r.. lepas exam saya update laa..k .. hahaha ;p
* sorok muka bawah katil *
waaaaaaaaaaa layan jaago tu..huhuh
best ke cite ni Kinah.. bak mai pinjam...
cerita ni tayang dkt tv. takde la pulak vcd dia. ce cari di internet kot2 boleh download.
Post a Comment