Saturday, January 22, 2011

Cerita Orang Tamak


Alkesahnya, ada seorang menteri yg tamak dan kaki rasuah selalu je nyusahkan urusan pemerintahan sultan yg adil. Nak hukum menteri ni bukannya senang.. ye lah dia ada rangkai hubungan yg kuat dgn menteri2, dan tentera2.. haa.. kire otai la menteri tu, orang lama dlm kerajaan la katakan.. follower pengampu ramai.

Sultan yg adil lagi baik hati ni banyak kali dah didesak untuk menghukum menteri tamak ni. Anehnya sultan ni sabar je ( tahap kesabaran baginda tinggi betul nih..) sampai la satu hari ni baginda pon bertitah dekat menteri tu " oo hooi hooi (ala m.daut kilau gitu)...hari ni, tuan hamba menteri akan terima kurniaan yg besar dari beta."
"kurniaan apa tuanku, patik sedia menerimanya" kata menteri yg tak pandai sorok muka tamaknya itu. " Beta nak kurniakan tanah!" titah sultan. " huyoo.. berapa luas tuanku?"
"gini.. esok lepas subuh, tuan hamba start la jalan dari depan pintu istana beta ni sampai la mana2 tuan hamba terdaya berjalan. syaratnya kena balik sini balik sebelum zohor."
" maksud tuanku?"
" Sejauh mana tuan hamba berjalan pergi dan pulang ke islana.. seluas tu la tanah tuan hamba nanti.. cemane? seronok?"

Sengeh kambing la menteri tu gembira yg amat. Pegawai2 lain semua heran.. ape kene la sultan ni.. baik tak bertempat betul! daah.. tak puas hati r nih.

Esok pagi lepas subuh, dia pun mulalah berjalan.. jalan..dan berjalan.. jauh.. dan makin jauh..

Dah dekat waktu zohor tu, Sultan, menteri2 dan pegawai2 istana pun tunggu la kepulangan menteri tamak.. ye lah kan, semua orang pon nak tahu berapa luas tanah yg dia nak dapat nanti. Tunggu punya tunggu.. tak nampak jugak bayang si menteri. Zohor pon masuk. Sultan dan semua disitu solat la berjemaah. lapas solat pon, tak nampak juga si menteri. eh? kemanakah?

Tiba2, datang la pegawai mereport berita.. " Tuanku.. tuanku..(sambil termengah-mengah cuba mereport jugak).. menteri terpengsan tuanku!" "terpengsan?!.. time berjalan nak balik ke , time dia pergi tadi?" "tadi ni hah.. time dia pergi! jauh dari sini tuanku! jalan tak berenti renti.. " jawab pengawal dgn tulus. Haaa??!! serentak bunyi suara kehairanan bergema di ruang istana.

Haa.. tu sifat tamak la tu, sebab musabab si menteri tu berjalan jauh sampai lupa nak balik. boleh sampai terpengsan - pengsan dek terlampau2 letihnye dia.

Sultan senyum je. akhirnya berjaya juga dia menghukum menteri yg tamak itu.
Sambil berkata dalam hati "Alhamdulillah.. selamat tanah2 beta yg nak diberi kpd che sakinah. ye lah susah payah dia menulis cerita berjela2 ni" sekian. ;p

Pengajaran:

org tamak selalu rugi. dah bagi betis nak peha. dah bagi mata nak kepala.
Ingat! Allah dah janji.. jika kamu bersyukur maka akan ku tambahkan bagi kamu, tapi jika kamu kufur.. (tidak bersyukur ,tamak) maka sesungguhnya azab ku amat pedih!


P/S: to all.. especially kawan2 blogger, jangan tamak2 k.. fair play eh.. nak ziarah.. ziarah elok2.. okey? kita cool kan? kan?.. terbaik lah! ;)

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Che Sakinah

tiada sejarah orang tamak dapat untung

saya yang untung, orang pertama dtg ke sini untuk mengambil tanah drp che sakinah...he he

Wassalam

Che Sakinah said...

waalaikumsalam..
betul tu atuk.. makasih la rajin singgah baca dkt blog saya ni.. terbaiklah atuk... hehe.. :D

Gimi said...

la,,nape dy tak bawa air b4 g..
excited sgt nak dapat tanah kot

Che Sakinah said...

hahaha.. mmg dia lupa la tu.. :)