Showing posts with label restaurants and shops. Show all posts
Showing posts with label restaurants and shops. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Sempoi Cofee, Bandar Baru Bangi

Holaa!!
Vah vah.. lama sey tak tulis blog. sebulan ade? ekekeke. So. Hows my darling semua? sihat? *ceh, budget orang rindu weh :p


Biasalah orang sibuk study sekarang. Iya iyalahh study makan dong!heee:D


Eceh, gambar cun dekat atas tu masa makan dekat Sempoi Coffee Bandar Baru Bangi. hahaha. Saje la nak promote kedai depan rumah. Halal Coffee House mehh. mesti mau support! Apa yang best? Coffee laa.. kan?hahaha. Makanan pula macam-macam ada. Tempatan ada, barat ada. Haa.. jangan lupa makan fish and chips dekat sini. Supplier ikan mereka baik punya. Halal dan bersih. Macam mana tahu? adaa laa. Maleh pula nak cerita. support je laa muslims company. boleh? hehehe



Business~Friends~Leisure


Nak tahu menahu lebih lanjut tentang Sempoi Coffee ni meh tengok fesbook mereka sini~ Sempoi Coffee. 

Sudi-sudi 'Like' sekali eh :)


Monday, July 4, 2011

Sign 'toilet' yg cool


Jam + ban = jamban.

Creative kan? hahhaha... jumpa tanda toilet ni masa makan di Maicafe, Perlis kemarin.



Tempat dia dekat belakang masjid putra kangar. Best dan creative tempat dia. Siapa datang Perlis,mai la singgah makan sini.

Saya suka minuman dia. Semua sedap.. paling suka minum hazelnut iceblended ni..



Nice~~~ yumm yumm!! :)

Thursday, June 23, 2011

Kedai rakyat 1 malaysia sudah dibuka

Assalamualaikum semua! waa.. shoq kan bersenang lenang di hari minggu :)
boleh relek relek.. boleh shopping2.. boleh tido.. ahaks! bukan selalu.. penat oo kerja seminggu.. kan?kan?kan? heee~

Ok, Cakap pasal shopping, jom kita pergi jengok2 kedai rakyat 1 Malaysia yg baru dibuka dekat LRT kelana jaya..


Hari rabu hari tu bersamaan 22/6/11, Perdana menteri kita telah turun padang untuk merasmikan kedai rakyat 1 malaysia yg diilhamkan oleh beliau sendiri. Kedai ini menyediakan barangan keperluan harian yg berkualiti dengan harga yg murah bagi meringankan beban pengguna yg berpendapatan rendah dikawasan bandar.


Antara barang yg ada di kedai rakyat 1 malaysia juga termasuklah barangan dari syarikat yg saya sedang 'practical' sekarang ni... Syarikat Fatihah Frozen Food. Ya betul! syarikat kami antara syarikat2, dan badan2 korparat yg sama2 menyokong usaha PM didalam membantu membekalkan keperluan asas rakyat malaysia. *wah! Berbangga gitu..hahahaha*



Masa pelancaran itu juga, PM sempat berkunjung ke booth kami untuk merasa kuih muih keluaran syarikat Fatihah Frozen Food.

Ganbar booth kami serta gambar ketika PM datang berkunjung. Haa.. Yg pakai tudung pink tu bos saya lah tu.. Puan Fatihah.

Kalu korang berada di kelana jaya, jangan lepaskan peluang membeli barangan disana. murah! sangat murah! haa... boleh la beli kuih2 frozen kami juga! berbaloi baloi!! ;)


P/S: Untuk tempahan atau keterangan lanjut berkenaan produk Fatihah Frozen Food, korang boleh lihat di facebook Fatihah Frozen Food okey! Jangan lupa untuk like tau! :D

~ live.laugh love!!~

Saturday, May 7, 2011

Jom beli Daging Kambing di Alsagoff

Assalamualaikum!! Happy Saturday semua.. hari ni korang nak lunch ape? korang suke makan kambing tak? hehehe.. saya suka! sedaaapp!! GghaauuuMM!


Sebenarnya nak kongsi resepi kari kambing yg sangat senang dan sedap dekat sini.. tapi takut tigerlord marah sbb ashik cerita pasal makanan je dlm blog dia. Dia dah pesan suruh tulis benda2 lain sama. humm.. Ape lagi yg saya minat selain makanan eh? saya pon tak tahu hahaha..

Hah! ada2.. baru teringat.. saya suka pergi kedai! yaa.. akhirnya ada benda lain yg saya boleh kongsi dan cerita. *yeay! sambil melompat ala lambada*. kedai yg saya suka pergi ni bukan kedai tudung ARIANI atau kedai kasut ADIDAS.. tapi kedai daging ALSAGOFF !

Kedai ni terletak di Medan PB3A seksyen 9, Bandar Baru Bangi.. jom kita terjah! GhaauMM!!


Ni lah owner kedai Alsagoff.. En. Zulkarnain Zainal. kacak bergaya disukai ramai.. sangat peramah orangnya.. *bang! danging free satu lepas ni! ;p*


Disini ada macam2 barang makanan Arab. sos arab ada, jus arab ada, rempah ratus arab ada, jeruk arab ada, daging kambing, ayam, dan daging lembu pun ada.. macam2 lagi lah.. meh le datang.. susahlah kalau Chef Rimau nak list kan semua2. Murah2 dan berpatutan tau!!


Selain dari itu, kedai Alsagoff ni menawarkan khidmat catering. Haaa.. kalau korang nak buat Open House untuk majlis buka puasa nanti ke, ataupon untuk raya nanti.. boleh la minta diaorang datang pangang kambing dkt rumah.. pastu nanti diaorang akan bawa mesin bakar kambing dan Chef Arab special datang ke rumah korang! wow kan?! Semua khidmat masyarakat ini berserta kambing yg sebesar gambar dibawah ni berharga RM900. okey laa kan? banding dengan harga pasaran yg RM1000++ sekarang.. Best!



Kepada anda2 dirumah yg berminat bolehlah mendail nombor yg tertera di screen laptop ini untuk membuat tempahan 017-2036838. Anda boleh berunding dengan En.Zul sendiri. Oder awal tau! sebab ramai.. :)

Chef Rimau dah beli daging kambing ni semalam.. best! sekilo RM 20 je.
Yg dah siap marinate pon ada... sekilo RM 21.

Puan2 yg penat baru balik kerja.. tapi masih lagi nak masak lamb chop untuk family tercinta.. boleh la terus beli yg dah siap marinate dari sini. Mudah.. hanya masukan dalam oven dan keluarkan.. YumM! YumM!




Pssstt.. nanti bila2 lah Chef Rimau share resepi kari kambing tu pulak.. sakinah tu chengey (bengis) ooo.. kalau dia jerkah (tempik) dekat Chef Rimau.. habis la.. boleh pekak. GhaauuM!♥

Saturday, December 25, 2010

Peminat Burger

Assalamualaikum semua. Dah makan? (soalan standard nak ajak makan).hahaha. Malam tadi saye termimpikan burger.. dah hampir setiap hari makan burger pon masih mimpi lagi nih.. haih.. parah!. Saye memang sangat suka makan burger. Takyah susah2 nk tanya sebab apa saya suka.jawapannya, sebab saya suka.noktah. hehehe.. jangan mare~
Jom nak share burger2 yg saye suka dan sudah banyak berjasa pada badan saye...menambah lemak & calorie.. (halaah.. nape tercakap!! kenape??? ;B)

Big mac! tak asing lagi bagi sesiapa yg suka McDonald. Suke sebab dia besar, ada cheese cair dan ada jeruk timun (pickles). Sebab saye duduk hostel, paling mudah nk Oder malam2 ni lah dia.
dah2 lap air liur tu.. gi oder gi.. ni no tepon mcD 1300131300!


Burger king! king x bermakna besar ye.. maaf BK! anggaplah ini satu cabaran utk membesarkan buger2 anda!... hehehe. nasib baik ada mushroom burger dia. lembut ooo..Setakat ni burger cendawan yg paling saya suka di BK lah! bebutang2 mata makan cendawan butang!;p

Carl's Jr.! setiap kali saye pergi Pavilion.. singgah makan dkt carl's Jr.. hahahaa.. macam la takde tempat lain! (sebenarnya pegi pavilion semata-mata nk makan carl's Jr je.. hehehe) saye sangat suka burger dia.. sangat besar! puas makan.. uumph.. rasa sangat sexy selepas makan..hahaha.. kalau student mcm saye hari2 nak pergi makan sana... tunggu pokok depan rumah berbunga duit dulu la iye..

Burger Ramly!! yeah!! all time fevret... sejak dari skolah menengah. boleh mintak cheese lebey, boleh mintak sos lebih, nak kurang sayur ke, nk lebih sayur ke.. pon boleh! semua boleh! malaysia boleh!

Otai burger!! kira adik beradik la ngan burger Ramly. sama2 lahir di malaysia. ada kata lagi sedap.. hehehe.. cita rasa masing2, kalau tanya saya, semua sedap! ahahaha.. kalau dkt rumah, selalu juga beli burger ni... best! murah, sedap.. huii.. kecur air liur! kalau nak tahu lagi tentang otai burger ni.. haaaa.. sini bace->OTAi <- saye mmg suke promote barang yg saye suke .. hahaha.. xpaham betul !



Mochachos burger!! my te amor!! ni lah satu satunya burger ayam yg saya suka makan. lain2 burger, saya lebih suka makan yg daging. Tapi burger ni x de dkt malaysia... saye selalu makan Mochachos ni tym saya study dkt south africa dulu. [mochachos chicken villages] memang ngam habis burger ni.. besar! spicy! ayam tulin.. mayonnaise yg lemak berkrim!.. lebih kurang macam nando's.. (bagi yg tak tahu... nando's pon asal dari south africa juga k..) hairan saye kenape mochachos takde dkt malaysia?? kenape?? kenape?!! saye tak bolah terima hakikat ini.. argh!! <-jgn layan ayat poyo ni.. hehehe..

Psssttt!! sebenarnya kan... kawan saya baru je balik dari south africa.. dia sms td..ajak datang rumah dia esok... makan mochachos!! all the way from south africa!!! yeay!!
Nak cakap bende ni jer sebenarnye!! aahahahahhahahahahahahahahaaaaaaaaa xD

Dear, Munirah and liyana!! see you guys tomorrow!! hee hee heee~~


p/s: Saye terlalu gembira sebenarnya.. tiada niat tersirat disini. *peace* (*_^)v