Showing posts with label Creative. Show all posts
Showing posts with label Creative. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

D.I.Y Bekas Hantaran

Pakepak kepungkepung pakkepak kepungkepung.. wah wah kemain bunyi kompang. Ye la kan Bulan shawal ni ramai yang berkahwin. kenduri pula tak henti-henti. Keluarga saya pun tak terkecuali, lagi 6 hari akan mengadakan majlis perkahwinan. jeng jeng jeng... sape yang kawin nihh?hehehe

From the start semua buat sendiri Alhamdulillah. Me,my self as a program manager a.k.a event planer untuk majlis akad nikah dan juga kenduri walimah ini. wahaha! super busy women I'm telling you! This is not an easy task but excitement that drive the work! *Ini kali pertama family saya buat kenduri kawin* kikiki :)

By the way, meh nak cerita tentang bekas-bekas hantaran pula. Me and my mom buat sendiri. Selain dapat save budget, as mama said, buat sendiri ni puas hati! hehe. All you need is :
1) Raga
2) Tali bulu-bulu
3) Dawai lembut/halus
4) Bunga hiasan

Cara nak buat senang sahaja. Mula-mula letak tali berbulu keliling raga, di bahagian atas. kemudia ikat dengan dawai halus supaya tali berbulu itu teletak dan tidak bergerak. Selang sejengkal, ikatkan lagi tali berbulu dengan dawai. Ulang sehingga selesai.

Bila dah siap menutupi sekeliling raga tersebut, sorokkan dawai di celah-celah antara raga dan tali berbulu supaya kemas dan tak tercucuk keluar.


Tadaaa... bakul dah siap. Boleh la hias bunga-bunga mengikut creativity sendiri.


Bunga tu kami selit tepi handle raga saja dan ikat dengan dawai supaya tak bergerak. Kalau anda rasa terlalu simple, bolehlah tambah reben mengikut cita rasa masing-masing. Saya suka simple sebegini sahaja. Mama saya pula suka kalau ditambah reben bawah raga tuu.. hahaha. hmm, tengok lah macam mana nanti... kalau sempat kita tambah ye ma.


Susun elok-elok chocolate tu dan letak bunga hiasan atas dia. Yeay! dah boleh letak raga chocolate ni atas dulang hantaran nanti. hehehe


Satu bakul berisi Beryl's Chocolate dah siap! 

Kalau anda suka gaya raga berbulu comel ni, bolehlah cuba nanti. Saya suka tengok bulu-bulu kuning tu menari-nari terkena angin bawah kipas. It's look soo alive! :)





Thursday, May 24, 2012

Eh, ni ke nota saya utk final exam?


Yeah, I forget about the consequences
For a minute there I lose my senses
And in the heat of the moment my hand starts going
The pen start dancing, oh


But I never meant to play around
I know it's time that I learned to
Value my time and treat all my subject fairly
This is a lesson learned

I hate that I waste my time
And I feel so bad about it
I have to study hard now and stop berangan
Cause I know, if not, I'm the one that's hurting, yeah

Mana tah nota bank management.. ceh! penuh dengan lukisan je buku minah ni. Berangan banyaklah dia nih.

I'm not a saint, no, not at all, but what I did, it wasn't cool
But I swear that some other books are even worse

Nota lain lagi tak nampak tulisan langsung.. gila. macam mana nak belajar?

Don't tell me, don't tell
Don't tell me you can't give me good marks
No, no, no, no
'Cause nobody's perfect, nooooo!


P/S : Inspired song 'Nobody Perfect' by Jessie J. konon-konon cool laa kan study sambil dengar lagu, melukis dan online...  udah-udah le tu berangan.. heihhhh.


Monday, December 12, 2011

Monday, July 4, 2011

Sign 'toilet' yg cool


Jam + ban = jamban.

Creative kan? hahhaha... jumpa tanda toilet ni masa makan di Maicafe, Perlis kemarin.



Tempat dia dekat belakang masjid putra kangar. Best dan creative tempat dia. Siapa datang Perlis,mai la singgah makan sini.

Saya suka minuman dia. Semua sedap.. paling suka minum hazelnut iceblended ni..



Nice~~~ yumm yumm!! :)

Sunday, March 27, 2011

Rama - Rama

Dari Ulat Jadi Kepompong,



Tidur Lena Dalam Kelongsong,


Cukup Masa Kelongsong Pecah,

POM!

Jadi RAMA-RAMA Yang Indah,

RAMA-RAMA Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama,

Begitulah Hidup Manusia,
Pada ALLAH Kita Berdoa,
Agar Jadi Insan Mulia,
*Hidup dalam Kasih sayang Nya...


* lirik baris akhir tu saya tukar tau! sebab lirik asal dia "tapi sayang hidup tak lama" jugak.. apa hal laa kaann??.. jadi sedih budak2 macam saya ni menyanyi... hohohoho..


P/S: okeeyy..Layan je la gambar budak tadika ni.. dia baru je belajar photoshop. keh3... Korang nak belajar jugak? haa.. gi belajar dengan WanHazel

Wednesday, November 10, 2010

Tips-Tips yg leh pakai kalau ternampak hantu!!!!!!


Disini saye ingin berkongsi 8 tips dengan anda mengenai cara-cara mengawal hantu. Tips ini saye perolehi melalui sumber-sumber lisan dengan beberapa pihak yang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun, tips ini hanyalah sebagai panduan sahaja.

Tip 1: Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu sbb dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Tip 2: Hantu Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Tip 3: Hantu Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Tip 4: Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Tip 5: Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Tip 6: Hantu Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Tip 7: Hantu Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya. Lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak-banyak tuh!

Tip 8: Hantu Cina
Tau lompat dgn tangan kedepan je tu. Cube kite buat aerobic tengok... sambil nyanyi lagu beyonce ''put ur hands up! put ur hands up! oh oh..''. buat cepat2 dan lompat lagi tinggi dari dia...gerenteyy ternganga nyer ah.. kagum le tuh!!

P/S: Ada yang baca sendiri sorang-sorang baik-baik takut kat belakang atau bawah meja ada hantu... !

Nota: Jangan takut hantu, takutlah pada Maha pencipta. ALLAH.