Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

The Notebook



“Silence is pure and holy. It draws people together because only those who are comfortable with each other can sit without speaking.”


Sunday, April 17, 2011

Jom jadi Genius gaya Michael Scofield

Korang penah dengar tak kata2 ni..
" Genius is 1% inspiration and 99% perspiration"
?
Nampak tak?.. haa.... sebenarnya kerja keras (hard work) merupakan penyumbang utama untuk seseorang tu menjadi genius.

Saya: Ba, dia tak pe la boleh buat.. dia genius. ( mengeluh membandingkan diri dengan Scofield)
Baba: mana ada orang lahir2 genius.. semua benda kena usaha.
saya: ade r... ... ... (confident kerbau jeh...)

Lepas borak2 dengan ayah saya masa lunch tu saya terfikir.. eh! betul laa.. kita semua boleh jadi Genius! Cemana caranya? haa.. tak susah sangat pon nak jadi genius ni.. tak caya? *ini bukan ayat belagak k... ini ayat eksyen je.. ahahaha*

korang mesti pernah tengok cerita Prison Break yg best tu kan.. ya, cerita tu dah lama. Senang sikit nak cerita dekat sini sebab hampir semua orang dah tengok. Jom kita kaji watak dalam cerita ni sebagai contoh.


Walaupon sebenarnya saya sangat suka pelakon Robert Knepper yg pegang watak T-Bag tu.. (sbb bagi saya Robert sangat genius!) tapi ofcoz lah saya tahu korang tak mahu jadi genius macam watak dia, T- Bag tu... korang mahu jadi genius macam Michael Scofield, hero prison break... saya faham.. saya faham.. hehehe..

Dengan mengikut 3 gaya atau perwatakan Michael Scofield ni, korang pon boleh jadi genius..

1) Daya Focus yg tinggi.

Bila kita buat sesuatu kerja, kita kena focus 100% . Lebih hebat kita focus pada sesuatu perkara, maka lebih hebat dan kreatif kita dalam mencapai sesuatu matlamat. Macam mana kita nak ada daya focus yg tinggi? kita kena ada matlamat. Contoh scofield eh, matlamat dia satu je. nak keluarkan Abang dia dari penjara. Apa2 pun yg dia buat dia akan focus untuk selamatkan abang dia.

2) Perancangan yg rapi

Orang genius ni selalunya ada kaedah dan cara yg sistematik bila menangani sesuatu isu, masaalah atau kerja. Dia akan tulis setiap langkah mengikut prioriti. Mana yg nak kena buat dulu, mana yg nak kena buat kemudian. Ada strategy gitu... mcm kita tengok scofield la kan.. dia buat analisis dulu cari punca masaalah, cari blueprint Fox River dulu, rancang elok2 cemana nak break in, nak duduk dengan sapa dalam cell tu.. haa.. pastu tulis semua strategy, fomula2 dan lukis plan pulak atas badan.... hoi! yg korang tu tulis atas kertas dah la.. lebeh2 pulak nak niru nyer !


3) Open Minded dan sedia terima idea2 baru

kita kena buka fikiran dan imaginasi kita kepada idea2 baru. Bebaskan fikiran kita. macam mana nak jadi open minded?haa... kalau nak share sini.. panjang nak kena elaborate.. satu entry pon belum tentu cukup. Tapi practice satu benda ni.. art of listening! ya.. memang susah.. orang macam2.. idea macam2.. memang susah nak dengar pandangan orang lain ni.. tapi benda ni sangat penting dan berharga untuk kita belajar sesuatu yg baru dalam hidup. Malah dapat membatu kita melihat kehidupan ni dari pelbagai sudut yg berbeza. Dalam Prison Break banyak situasi Michael Scofield being open minded and terima idea kawan2 dia yg lain (8 escapees).. korang dah tengok.. korang tahu la kan :)

So, jelas dah dkt sini yg genius boleh dipelajari oleh semua orang.. tak caye tanya Dr. Irfan Khairi... mesti dia kata : " apa pulak tak betul nye.. point saya kot semua tu.. takpe2.. Sakinah ni suka baca artical yg saya tulis la tu.... " ngeeheheee... ;p

Okeylah.. saya bagi satu point saya sendiri lah.. ini paling penting. kalau practice.. insyaAllah... kita semua will definitely turn to be incredibly genius..

4) Yakin dengan kalimah La ilaha illa Allah, Muhammad rasulullah.

Sapa cipta watak scofield dalam prison break? Paul Scheuring kan.. tapi sapa yg cipta otak Paul?

Yakin lah! Semuanya dari Allah.. genius ke hape ke.. semua dari Allah.

Tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah. Tiada sebaik-baik jalan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan melainkan dengan hanya mengikut cara kehidupan yg ditunjukkan oleh Nabi Muhammad pesuruh Allah. :)



P/S: Semoga kita semua menjadi seorang yg genius tak kira apa pun kerja yg kita buat. Ameen.

Saturday, April 9, 2011

Cerita Jagoo

Bangun semua!! selamat malam murid2.. okey malam ni kita bincang tentang cerita Jagoo... haaa, sapa tengok cite Hindustan ni dkt tv3 petang tadi.. sila angkat tangan?.. eeik?.. tak ramai tengok eh.. erm, sebab exam kot.. tak pun sebab gi jalan2, hari ni kan hari sabtu.. tak pon sebab memang tak minat tengok Hindustan.. sebab dia cite india.. ahh! ko mmg racist! maleh cite ngan ko.. boleh keluar class saya sekarang.. exit dkt atas sebelah kanan.. tanda X tu.. Sini takde bias2.. cite bangsa ape pon kalau best kita bincang sini.


Okey.. murid2 boleh duduk sekarang.. yg tak tengok sebab tetido atau line tv 3 dia rosak takpe.. dengar cikgu buat review ringkas pasal cerita jagoo ni. Mula2 sekali cikgu bagi tahu makna Jagoo ni 'Bangun' atau 'Bangkit'. baca tajuk saja dah semangat kan? kan? cepat angguk! haa.. bagus2.. mcm tu lah murid cikgu.. hehehe ;p

Cerita ni tentang budak perempuan 9 tahun yg dirogol oleh 3 orang lelaki penagih dadah di dalam keretapi di mumbai. kejadian ini disaksikan oleh seorang tua dan 2 wanita yg hanya duduk diam melihat, mereka tiada daya atau usaha untuk menolong. kalau kita berada di tempat kejadian tapi kita tak de kuasa nak lawan, kita nak tolong buat apa murid2? tolong je.. je.. JERIT.. bukannya kita duduk di.. di.. DIAM.. eii.. pelik cikgu masyarakat ni.. korang tak pelik? oh, lupa cikgu nak cakap tadi.. cerita ni based on true story..

Budak tu kemudiannya mati dihospital kerana kecederaan yg parah. berita kematian pelajar perempuan ni heboh dan menggugat keselamatan penduduk setempat. Keadaan masyarakat dlm cerita ini digambarkan seperti sudah tidak percaya lagi pada kusa polis sebagai penjamin keselamatan dan keamanan penduduk.

Nak jadi cerite ada sorang polis baik nama dia Inspector Saab Kripa Shankar, hero la kira dlm cite nih. dia telah ditugaskan untuk menyiasat kes budak perempuan 9 tahun nih. Dalam usaha dia menangkap dan mendakwa penjenayah2 ni banyak la the ugly reality of life terdedah. 2 orang dari penjenayah tu merupakan anak kepada pegawai kerajaan. Dah masuk kes orang2 besar ni banyak la isu2 politik yg berkait-kait. Rasuah, tipu helah, tuduh menuduh, fitnah menfitnah, jaga puak.. macam2 lah.. semuanya ada dalam cerita ni.

Akhir cerita ni, anak orang besar tu di jatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan rogol dan bunuh yg dia telah buat.

Moral of the story? banyak.. tapi disebabkan pembebelan cikgu sudah melebihi had limitnya.. tambah esok cikgu ada exam pulak pukul 9 pagi.. (sabo je lah kan.. hahaha).. jadi, cikgu share satu je lah kata2 dari dalam cite tu yg melekat dlm otak cikgu ni :

" undang2 adalah seperti ular sawa, mulutnya kecil.. tapi bila dia dah mula telan sesuatu.. dia akan TELAN sampai habis! "

cikgu bagi rate 4/5 utk cite ni. cun x?

Oh ye lupa.. kerja sekolah korang.. sapa yg tengok cerita ni tadi mesti perasan berita terkini ditengah2 cerita tu.. Datuk Seri Najib ada bagi ucapan masa perasmian taman automotif di komplex pemasaran di pekan tadi. Dia kata " walaupon kita berlainan pandangan dari segi politik, tapi pembagunan di negeri ini (kelantan) tetap kita pentingkan." so, cikgu nak kita semua menjadi saksi untuk kata2 ni esok lusa dan seterusnya.. okeyh? Apa yg pentingggg?... ;)

P/S: Tengok Datuk Sri dan Tuan Guru sama2 tadi dalam TV, one word keep crossing my mind..
"UNITE"

Tuesday, March 8, 2011

My last Saturday become 127 hours of beastly ?

Wassup!?! .. kih kih kih.. terpengaruh dengan cite Beastly la pulaks kan... okey2 say it one more time.. WHAT'S UP ?!!! hahaha.. ;p



cerita ni keluar Sabtu hari tu (5/3/11). jadi saya dan kawan2 yg kaki movie ni gi la wangsawalk nak tengok.. malangnya dkt situ tak tayang lagi. jadi kita orang pun berhijrah ke KLCC. omagossh.. sanggup tuh.. mentang2 lah hari sabtu, merapu .. merapu.. hoi hooiiii.. ;p

sampai2 je.. tengok cite ni tayang pukul 6 petang..halaa.. soo..to kill the time, kitaorang pun tengok cerita lain la dulu. mmg tak boleh bla kan? nak tengok jugak cite beastly ni.. keh3.. okey paham.. mmg kami hantu.. dah2 jangan cakap pape.. ;p

kawan2 saya tengok I am number four. sebab diaorang belum tengok lagi. saye pulak, tak kan nak tengok sekali lagi kot.. lain la kalau saya rate cite tu 5 bintang. kih kih.. jadi secara sukarelawannya saya sesorang tengok cerita 127 hours ni.. hahhahaha..



Saya tak nak cakap macam2 dkt sini takut kang spoil pulak.. hehehhe
Well.. both of these story r nice.. kalau nk tengok, don't watch the trailer!
especially beastly.. just go and watch.. trust me, you'll enjoy it more.. ;)

my rate for beastly : 3 out of 5
my friend's rate : 4 setengah out of 5 ( dia x tengok trailer )

my rate for 127 hours : 4 out of 5

The truth is, I actually enjoy 127 hours more that day... hahahha..
Many said its kind of boring, but not for me.. bcoz I think its unique! i did watch the trailer thou! ;P


P/S: Ignore the title above... hahaha.. I'm not sure of the meaning either. but what I'm sure is, movies is not for life! its for fun! ~Live.Laugh.Love~ peeps! :D

Saturday, March 5, 2011

I Am Legend, so no worry..

ZZaaasss!! halo semua.. baru seminggu tak tulis dah berkarat blog ni eh... isk2 ape nak jadi nih.. well.. just..
"singing no worry about a thing... coz every lil things gonna be alright.." ~

Familiar tak ngan lagu ni? lagu Bob marley kot.. legend tuh.. legend..hehehe ;p saye dulu pernah dengar, tapi x r suke mane.. tapi lepas tengok cite I Am Legend terus suka lagu lama ni.. korang pernah tengok cite ni? will smith belakon..

Sape x pernah tengok lagi?.. halaa.. rugi2.. hehehe.. yg dah pernah tengok.. sep2.. cayalah.. best kan?

Cite ni cite science fiction.. shoq oo.. dia cite pasal virus krippen yg dah bunuh berbillion penduduk dkt New York City. Sesapa yg terkena virus ni tapi tak mati, maka akan bertukar jadi 'darkseeker'. ganas oo.. makan orang. tapi kelemahan darkseeker ni tak boleh terkena matahari dan cahaya UV nanti diaorang boleh mati.

Nak jadi cite, will smith ni hero la dlm cite ni. so, dia sesorang ja konon2 yg masih tinggal dekat NYC tu. yg lain semua dah jadi mayat hidup 'darkseeker' tu. dia ni macam scientist la nak selamatkan orang. Jadi dia pon buat la experiment.. kot2 boleh jumpa vaccine yg boleh sembuhkan orang2 yg jadi darkseeker tu... sampai sanggup la dia berada dalam keadaan bahaya tu kan. okey.. nanti tengok la cite ni.. walaupon cerita tahun 2007, tapi best oo! saya bagi 4 1/2 bintang out of 5 untuk cerita ni :)

Personally, saya tertarik dgn lagu Bob Marley yg Will Smith nyanyi dalam cerita ni utk tenangkan hati dia.. tajuk lagu ni 3 little birds... nice meaning!~~ hehhehehe..

Okey jom! let me share this song with you guys... but.. ni version budak comel tau..

cover 3 little birds by Connie Talbot
..



sweet kan? hehehehe~

Saturday, February 26, 2011

I am number four

Selamat petang kawan2.. dah tengok cerite ni?



Saya dah tengok semalam. best! saya suka.

Cumanya, untuk sape2 yg memang gila cerita super hero yg ber'genre' scinence fiction.. dan belum lagi pergi tengok cerita ni.. erm.. nasihat saya dont pay attention sangat dekat story line dia.. hahahah.. sebab ape? sebab takut korang kecewa la..

story line same.. bak kata kawan saya, 'its typical super hero story.'
first-first tak tahu yg akan ade power.. dan sukar dikawal, dah ada power mesti hebat dari musuh. have to fall in love dengan manusia biasa. after all, mission still continue.. haa.. biasa kan?? story line smallville, spider man, kyle xy.. bukan lebih kurang ke? tak pun macam cite star wars.. yg jahat cahaya merah, yg baik cahaya biru.. hahaha

buutt.. gi la tengok.. sebab idea best! graphic pon cool ..
saya suke sebab pengrah film cerita ni D.J caruso. pengarah film disturbia tu..
saya memang tersangat lah suka cerite disturbia tu.. hehehe.
lagi satu, binatang dalam cerita ni besar dan ganas.

saya tak tahu kenapa dengan mata saya.. tengok Alex pettyfer saye nampak owen wilson. hahahaa.. alaa yg berlakon cite zoolander jadi hansel tuu.. hahahaha.. saye rasa muke diaorang lebih kurang sama r.. hahaha.. korang rasa? ;p




okey lah, alex hensem lagi sebab dia muda.. tapi hidung n bentuk muka same kan?


p/s: pandangan saye je la.. mata, otak dan hati kita tak semestinya sama. :)

Thursday, January 13, 2011

Berangan jadi Gumiho

♫ Du bi du bi du raffa... dubidu bidu raffa.. ♫ hehehe.. saya baru je habis tengok cerita ni.. hidung masih merah lagi.. mata masih berair lagi.. sedih ker? hahaha.. mmg tah pape key.. asal tengok cerita korea je nangis.. argh!! kenapa?? kenapa mesti nangis.. bukan ke cerita ni cerita romantic comedy?! tolonglahhh.. tak paham jugak.. huaargh!!.. :B

Saya berangan nk jadi macam Gumiho ni.. ada 9 ekor yg cantik!

Saya berangan keluar dari lukisan selepas 500 tahun dan bertemu teman sehidup semati yg hensem dan baik!

♫ Du bi du bi ru ra ppwa... Du bi du bi ru ra ppwa.. ♫
wwaaaargh... saya nk teman mcm dia boleh?? !! walau pun fantasi... jeongmal jeongmal jeongmal salanghae!!!! ♥ ♥ ♥



Tajuk cerita ni My Girlfriend is a Gumiho..
okey lah all... selamat malam!! jumpa dalam mimpi ye..
nanti saya bawak lah 9 tails cantik saya tu tunjuk dkt korang k.. annyeong!! ;)

♫ Du bi du bi du raffa... dubidu bidu raffa.. ♫.... lalalalala..

Tuesday, December 7, 2010

Sirap Float Mulan

Morning all!! hari ni saye nak kongsi resepi Sirap Float Mulan untuk lunch korang nanti. kenape name dia mulan? owh.. sbb saye baru jer tengok citer Hua Mulan semalam... hahaha.. ewaah..yang dah tengok tu jangan exited sangat.. duk situ diam2..biar le saye yg cite pulak.. kawan2 yg lain x tengok lagi kan? takpe2.. meh sini dengar saye story..

okey.. cite Hua Mulan ni cite tahun 2009.. tp saye baru je tengok. ni bukan cite katun tau.. ni cerita china.. yg cite katun kte tengok tym kecik2 tu name dia Fa Mulan.. tu tahun 1998. Story line lebih kurang same.. kisah anak perempuan yg terpaksa keluar berperang mengantikan ayahnye yg telah tua.. cume ending dia je lain.. haaaa.. nak tahu tengok sendiri eh nanti.. cite semua kang x sronok pulak nak tengok.. kann?... hahahahaaa..
well, its a good story to watch!

Here is my Sirap Float Mulan recipe. Very easy as 1 2 3.. n 4..

Bahan2 :

sirap merah
ais ketul
air 100 plus
ice cream vanilla

Steps :











1. Tuang sirap dlm glass panjang.
2. letak ketul ais
3. tuangkan 100 plus
4. letak aiskrim vanila satu sudu dkt atas sekali.

simple dan cantik kan? kan? kan? :p

To all yg ziarah blog saye ni.. enjoy the lovely beverage! :)



"Someone once said, go too far from home, and you will lose your roots; kill too many people, and you will forget yourself. If you die in battle, your life will sink into the ground like rain and vanish without a trace. If you fall in love with someone at that moment, hope will blossom once again from the earth and embrace life with passion.
Thank you, Wentai." ~ Hua Mulan.