Showing posts with label Blog dan Etika. Show all posts
Showing posts with label Blog dan Etika. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Saya makan Champagne.. Champagne Grape

Konon-konon nak bagi korang salah faham la kan dengan tajuk begitu. hahaha. kira tektik ni dah tak jadi r nih? ok, kecewa. Perkataan "makan" instead of "minum" memang sah sah clear dekat situ. kan? heih... cemana eh nak terer SEO ni kalau tak reti nak mereka tajuk yang best-best. Ini perli people.. kalau nak reka, reka tajuk yang halal-halal je. lupakan tajuk yang berbaur lucah dan elemen-elemen haram. takut rezki tak berkat pula kan. betul tak?

So, tengah buat apa tu? makan buah? hahaha. tetiba tanya korang tengah makan buah la pula kan.. nampak sangat sebenarnya saya yang tengah makan buah ye dak? huahaha. Takde apa sangat pon nak cerita sini. Saja nak menaip dekat blog ni je. rindu.. sambil-sambil tu makan Champagne Grape yang roommate bagi segugus tadi. Psst.. first time kot makan buah angur jenis ni. hahaha.



Comel je buah dia. kecik-kecik.. nganga mulut luas-luas telan segugus terus pun tak pe. takde bijik. Duduk sesorang sila la buat macam tu ye.. nikmat! hahaha. eh, kalau depan orang cover la sikit, takut kang buah temasuk dalam lubang idung pula.. ahh cemano eh tu? sila imagine sendiri lah. *huk huk..tersedak keluar buah ikut idong*

korang tahu, walaupun nama buah anggur ni Champagne, dia bukanlah anggur yang digunakan untuk membuat wine itu. nama dia je champagne grape. saje laa dia pun nak glemer juga. eh, glemer ke nama champagne? patut pun baru tahu je kann. Selalunya dia dijemur. Jemur dia lama-lamaaaa sampai keringg. *tinggg!* jadilah kismis!  Ya... betul tu. sungguh enak dimakan begitu saja. (tolong la jangan tiru lagu gardenia. we got to think of copy right eh. ingat tu semua! *tetibe*) Nak tahu lebih lanjut lagi tentang Champagne Grape baca sendiri sini ye.

Wokeh! chaw ching caw dulu. Bila rindu nanti, saya datang lagi menulis disini yeh! ghaumm!!;[]


Sincere Love,
Chef Rimau.



Saturday, January 14, 2012

Seri Blog

Aku peminat blog kau.
Tapi blog kau sudah hilang Seri.
Oh Mana perginya Seri?
mungkinkah dia sudah lari?

Aku tidak pandai menulis macam kau dan kawan-kawan kau.

Aku hanya suka membaca blog yang berisi.
Blog kau ada, aku tak nafi,
Tapi makin lama makin berbau basi.
Terlampau busuk sehingga menghancurkan segala deria sensitivity

Aku tetap cakap aku peminat blog kau.

Jika aku bohong, belahlah hati,
carilah bukti,
Sebab aku berharap suatu hari nanti
Seri akan kembali.



"Seri, kemana kau sudah pergi? kembali, kembali! kembalilah ke blog _______"



P/S: asalkan rhyme, isilah tempat kosong tu sesuka hati.

Tuesday, August 16, 2011

Bila kawan blogger berlainan pendapat

Salam ramadan semua..

1000 kali saya berfikir untuk buat entry ini.. hahaha
Sejak perhimpunan bersih 0.2 hari tu lagi saya pendam perasaan ni. Susah pula rasa nak meluah rasa walau di blog sendiri. Sampai hari ni baru rasa ada sedikit kekuatan untuk berbicara.

Tulusnya saya sangat2 seronok sebab dah berkawan rapat dengan beberapa blogger. Mula2 rasa nak kawan macam biasa2 saja. maksudnya di blog sahaja. Tapi, bila dah terbawa-bawa ke facebook terasa terapat sangat la pula. hahhaha.

Semestinya diaorang yg add saya dulu, kalau saya nak add diaorang memang tak la kan. Eh, saya bukan berlagak laa.. saya kan pemalu orangnyee. kih kih kih.. add or like fan page diaorang je boley r kot. Saya masih rasa tak layak nak kawan dengan orang2 femes ni.. masih belum seberani Malek. yelah, kalau diaorang kasi hentam sini, sini, sini.. *gaya ajib kl gangster* waa.. habis la saya kurang semangat ber blogging.

Saya memang susah nak accept orang dari 'blogger' ke 'facebook'. maaf sangat2 sebab saya rasa facebook sangat personal dan saya pula tak ada fan page. rasanya tak perlu pun kot. saya ordinary blogger saja. Tapi kalau ada yg betul2 mahu berkawan, saya accept saja dengan syarat beritahu dahulu korang ni kawan dari blogger. Takut nanti tunggu bertahun pula. Kalu korang bersungguh pasti saya accept. cewaaahhh.. poyo tahap otromen betul lah. ngeh ngeh ngeh~~

okey, back to the point. Al kesahnya begini, masa baca2 blog kawan2 yang tulis pasal bersih 0.2 hari tu, saya komen r kan.. tulis je la apa saya rasa betul. well, semua orang ada pandangan masing2 kan? luahkan je la kan?.

Malangnya pandangan kita berbeza. yelah, lagi2 isu politik negara.. macam2 la otak kita menjana ayat untuk menyokong pihak2 tertentu. Walaupon ada juga yg berlagak seperti berada ditengah2, gray area dimana bahasa kasarnya 'lalang' sebab nak selamat, tapi kecenderungan kesebelah pihak tu masih terserlah ayunya. alah biasa la kan.. bias tu tetap kena ada. serupa juga saya, haruslah bias kan bila bangkit isu politik begini.

Nak ikutkan boleh je saya nak komen sebagai 'anon' sebab saya kurang setuju dengan pandangan dia. malangnya saya dari awal berblog tak terlatih untuk berbuat demikian pula. so, mana2 pon saya pergi , saya adalah che sakinah.

Dalam ayat komen saya tu saya ada menyebut perkataan 'menyalak'. Saya bukan cakap blogger yg tulis tu yg menyalak ponn.. goshh!! memang tak k. Saya cakap "sama je dua2.. merah lagi dasyat menyalaknya." maka saya ditegur supaya tak menggunakan lagi perkataan extreme itu keatas manusia kerana ianya untuk haiwan. Jangan samakan manusia dan haiwan katanya. Tapi bila ada pengomen lain menggunakan perkataan 'sebahuk' bersih, dan puak2 'bengap' tak apa pula. owh ye lah sesuai sebab ia sifat dan perbuatan manusia kann.. heh.

Tiba2 teringatkan sastera dan literature yang saya belajar dulu. Kaedah retorik (gaya bahasa). Ah, lupakanlah untuk kes ini. pasti hujah ini tidak diterima.. ye lah, bila sudah bercanggah pendapat segala hujah dan alasan tidak berguna lagi.

Apa yang jelas saya tidak sedikit pun terguris dengan pemilik blog itu. dia pon tegur saya dengan cara yg baik dan sopan. saya pun sudah memohon maaf. Saya tulis...

"maaf. kalau setiap orang diberi tempat untuk menyuarakan pandangan masing2 dengan adil pasti tak terjadi kemelut seperti ini."
dan saya juga cakap..
"Thankyou ****. despite of my cruel words in your blog, you do reply them with your kindness"

Yang terguris sangat tu bila ada sorang kawan dia, juga seorang blogger yg saya minat. Dia pula drop komen di blog itu, kata "semak ah che sakinah ni." huyoo.. sakit babe!. hahahhaha. Sebab dia tak cakap semak r merah, semak r kuning.. dia cakap semak r che sakinah. terasa seperti diusir dari blog kawannya itu. hahahaha...

Selepas saya fikir sedalam dalamnya, ternyata perkataan 'menyalak' yang saya gunakan dalam komen itu tiada pula tempiasnya dituju pada bloger yg mengomen itu. hairan pula mengapa saya dikatakan semak samun disitu. Bukan ke semak itu untuk tumbuh tumbuhan? eh? ;p

Saja-saja saya berbahasa-bahasa. Bukan niat untuk berbolak-balik dan memintal-mintal saraf otak-otak anda. memang bukan. Cuma saya ingin ingatkan diri saya dan kawan-kawan blogger yang lain supaya lebih berhati-hati ketika meninggalkan komen atau pendapat di blog orang lain. lagi2 di blog orang femes. hahahahha.. *gelak untuk meredakan ketegangan*

To blogger yg cakap 'semak ah che sakinah ' tu.. thankyou soo much. lesson learned.

1) Jangan cuba-cuba komen di blog yg bercanggah pendapat dengan anda, kalau tak mahu di herdik oleh fans blogger tersebut.

2) Mencipta persahabatan di alam maya tak mungkin sama seperti mencipta pesahabatan di alam nyata. Jangan dikaburi bayang2 alam nyata di alam maya, tiada apa2 yg istimewa disini. Walaupon rasa sudah amat baik dan rapat, percakapan dan tingkahlaku masih wajib dijaga. Anggap saja mereka masih belum betul2 mengenali anda.

Hah! berjela sudah... please ignore my bakuness and sasteradewa dalam entry ini. memang disengajakan. but.... try to think about it and do consider my points ya! :)

Live.Laugh.Love peeps!

P/S: Ter'feeling' pula bila tulis entry ini sambil dengar lirik lagu yg dinyanyikan oleh Rascal Flatts "What hurts the most was being so close. " ekekeke.. mengada-ngada sunguh 'feeling' ini.







Monday, June 20, 2011

Lama menyepi, hanya berhati hati.

Assalamualaikum semua.
yaa.. lama sudah tak bersua.
Suram, kelam, kusam seperti dalam gua.
Penunggu blog ini hanya tidur membatu membiarkan entry lama kerepot menua.

HELLO!!! hello!!.. hello!!.. hellooo!!..
Can you hear that? its an echo.
After a while, guess I need to share some love marshmallow..
This is the demand that I gotta follow,
Just have to write, even if the ideas were shallow.
Hey.. actually, isn't its better to leave them empty than to write something blue or yellow?

Sekarang memang jarang menulis, susah nak cari masa.
Bukannya tak tahu nak tulis apa benda.
Banyak je benda jadi di sekeliling saya.
Terlalu banyak sampai tak tahu macam mana nak cerita.

Tapi sekarang susah.. susah nak cerita hal peribadi.
Ape tah lagi hal2 isi hati.
Telah lah kalau ashik nak bicara pasal kekasih hati.
Alamat nanti ada la yang benci dan perli memerli.

HAHAHAHA...
Jeritlah, tulislah, kata 'ini blog aku ikut la suka hati.'
Esok mesti lagi banyak orang yg mengutuk tampa henti.
Jangan main2 ooo... dalam dunia maya pon ada pembuli.
Kalau tak masakan Kristina Calco sampai mati membunuh diri.

Sad to see how this world becoming.
The truth is I'm tired of reading, a.k.a blog walking.
All I see is.. people are fighting, cyberbullying..
For God knows for what they were arguing.

Sampai sini jelah dulu bicara untuk malam ni
Esok, lusa, tulat kita cerita lagi

Eh kejap.. Satu peringatan sebelum pergi
untuk semua.. juga diri sendiri
Bila menulis.. hati - hati.
Jangan membuli dan jangan biar dibuli.
Jaga diri , jaga peribadi.




AdioS! Live.Laugh.Love!

Friday, January 7, 2011

Semangat putri kota, kami bukan blogger miskin

Assalamualaikum penghuni kota! aachey chey.. dah macam Dj radio buruk la pulak... dah 5 hari saye x menulis. Terasa seperti kelima-lima jejari runcing saye pon dah mengontot. agagaagaa..
selama lima hari saya menjelajah ke blog orang2 membaca dan membaca lagi.. sampaikan blog sendiri telah diabaikan... alaa sian L.L.L.. meh2 nak update..

Idea dalam otak sebenarnya banyak... seriously banyak! nak share sangat2...
tapi memandangkan saya pelajar UIA (nak jugak sebut tuh! naya je kalau tak behave well dkt sini) masalah kesibukan tu.. argh!.. memang kalah makcik kentin!! tak caye.. gi la tanye aunty teh! dia owner cafe mahallah Asma. ~ Assalamualaikum aunty teh! * bagi salam sambil melambai2 tangan kot2 la dia terbaca. heehee (*_^)v

Saya sekarang sedang mengumpul informasi nak buat thesis tentang kemiskinan dalam kehidupan bandar (Poverty in Malaysia), specifically in urban area.. tu yg saye suke jalan2 ke blog korang cari life.. saye bace hokey blog korang.. bukan setakat BW dkt shoutbox jer.. unless.. haa.. unless korang ada ciri2 seperti yg dinyatakan oleh mr. wootwoot dlm blog dia ni ->"iniwootwoot" haa.. makanya saye akan memohon diri lebih awal dari biasa.. hahhaaha.

Saya bukannya nak cari orang miskin masa melawat blog kawan2. Saya Bukan nak buat rancangan bersamamu pun kat sini. Macam saya cakap tadi, saya nak cari isu2 berkenaan kemiskinan di negara kita yg tercinta ini. Faktor2 dan kesan2 kemiskinan terutama dalam keadaan negara kita yg sedang membangun. Bayangkan masih ramai yg miskin diluar sana.. masih dan makin ramai ye.. ditegaskan sekali lagi.. makin ramai!
eh jap.. ade ker blogger yg miskin? maksud saya, miskin harta? kalau ada, saya nak tolong tekan iklan dkt blog dia banyak2 kali. Tapi setakat ni tak pernah nampak la lagi blogger cerita dia tido di kaki lima.. atau upload gambar makan makanan dari tong sampah sebab dia ni miskin. (kalau ada kemere n laptop.. miskin amendenye tah) tak paham betul! hahahaha..

Tapi yang sangat jelas saya nampak.. blog kawan2 yg makin ramai miskin akhlaknya. Ape cerita ni brader?.. apa cerita ni sister? alahai.. muslims.. ape gadoh2 ni.. x best r.. malu la sikit dngan kami yg baru berblog ni..

Meh saya share findings sepanjang saya buat research ni ya Sedara sedari sekalian. Faktor utama terjadinya kemiskinan sesebuah negara tu.. ini lah! perbalahan sesama sendiri, percakaran tak tentuhala. Memalukan dan menjatuhkan maruah sedara seagama.. ada ilmu tapi digunakan untuk menentang dan membenamkan semangat sedara seumat. tu bila la kita nak maju ?bila nya kita nak kuat? bilanya kita nak kaya?

Bawak2 la muhasabah diri... fikir2 kan cara macam mana nak memajukan ummat, bukan menghancurkan. Jom kita bersahabat, jaga tatatertib.. haa.. kate blogger hebat? saling hormat menghormati, mudah-mudahan hidup diberkat:)

Dear sister2 blogger.. lagu ni saya dedicate khas untuk anda. Semoga kembali bersemangat! *yeay!* :)

Putri kota - Ella (lirik)






p/s: Semangat putri kota, kami bukan blogger miskin akhlak!