Terlalu banyak benda yang berlaku sehingga sukar untuk dilakar. Banyak kemungkaran dilihat depan mata tapi apa daya untuk menahan. Sekadar membenci didalam hati. Lemahnya Iman. Manusia bila ditegur diminta lihat pada diri sendiri. Bila bersuara untuk berubah kepada yang lebih baik diingatkan untuk ubah dari dalam diri. Ya betul semua yang dikata. Cuma ingatlah tugas dan tanggungjawab sebenar dimuka bumi ini juga adalah untuk saling ingat mengingati. Mungkin lumrah bila diatas sukar untuk mendengar. Sabarlah hati.
Menghayati bait lagu dan lirik Tahu menimbulkan rasa rindu kala menuntut ilmu tuhan. Suasana yang terpelihara. Suci dan aman.
Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Di riuh engkau berdiri
Satu persatu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Haus tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu namun tak kau akukan
Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma diletak tepi
Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu namun tak kau akukan
Apa kau cari
Yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti
Yang sesungguh-sunguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan
No comments:
Post a Comment