Alkisahnya, tiga minggu lepas kitaorang ke sabah bahhh. haaa tiga minggu lepas punya cerita ni baru nak cerita. Tak tahan betul! So, nak cerita la sikit pengalaman di Sabah sebab saya dan adik saya baru first time pergi ke sana. kitaorang pergi tiga orang. sorang lagi cousin saya Mayah.
Lepas kerja jumaat petang tu, saya balik kemas kemas barang dan terus ke putrajaya balik untuk naik ERL ke KLIA. Penat juga rushing macam ni tapi seronok punya pasal, hilang habis rasa letih tu.
Kami bertolak pukul 10 malam dan sampai KK pukul 12. Sebab sampai pon sudah lewat malam, kami tidur di Tamparuli dahulu sebelum bertolak ke Kundasang awal pagi esoknya. Salah satu daya tarikan di Tamparuli ini ialah Jambatan gantung Tamparuli. Kami tengok dari dalam kereta sahaja sebab sudah tak sabar untuk ke Kinabalu park. Ada lagi tempat 'must visit' di Tamparuli ni, tapi nanti saya ceritakan pada post akan datang ya. tungguuu..
Pukul 7 pagi disana sudah seperti pukul 10 di semenanjung.
Kami sampai Kinabalu Park lebih kurang 9 pagi. Kabus masih tebal disebabkan hujan malam tadi.
Kami sewa hostel betul-betul depan kawasan kaki gunung kinabalu. Saja cari semangat nak panjat gunung yang kelima tertinggi di Asia ni satu hari nanti. InsyaAllah one day I'll be back!
Walaupon tak panjat gunung, Breakfast macam orang nak mendaki itu adalah wajib. Haa..Ini cousin saya Mayah, dia dah pernah sampai ke puncak gunung kinabalu.
Disebabkan trip kami hanya 3 hari sahaja di Sabah, kami bercadang untuk melakukan activiti lain selain mendaki gunung kinabalu. Humm..
Kami ke Poring! masuk hutan jugak. okeyla kan.. nampak air sungai tuu. cunn kann..
Tempat ni diberi nama Poring berlandaskan nama species buloh yang banyak tumbuh di dalam hutan ini. Ayuh saya bawa kalian semua masuk hutan. Sila beri salam sekarang! Assalamualaikum.
Di kawasan ni ada hot spring. Boleh la rendam-redam kaki dulu sebelum naik ke atas..
Gambar diatas, tempat hot spring yang dah di buat pondok-pondok. Ada paip dan kolam bawah pondok tu. macam tempat ambil air sembahyang pon ada. Ramai juga orang berendam dalam tu. Soo pergi la pagi or time tak ramai orang, rasa bersih sikit nak berendam.
Ayuh teruskan perjalanan. kita kena melalui semua tempat yang tertera di papan tanda itu sebelum kita sampai ke destinasi. Jap, kita nak pergi mana ye? Air terjun kipungit jom!
On the way nak ke atas tu, kami singgah la tengok bunga refflesia. Bukan selalu boleh jumpa bunga besar ni. Kalau korang nak tahu, bunga ni nak mengembang macam dalam gambar ni mengambil masa 9 bulan. Dan setelah mengembang dia hanya bertahan selama 5 hari. Kalau bernasib baik dapat la tengok.
Setelah 5 hari mengembang, bunga ni sikit demi sedikit akan betukar menjadi hitam. sampai la dia mati kehitaman seperti dalam gambar di atas tu.
Dalam bulatan tu kalau korang tengok macam ada nampak seketul buah. Tapi itu lah rupa bunga refflesia waktu awal awal bertunas. Soo kalau nak tengok bunga yang dalam gambar ini berkembang mekar, kena tunggu 9 bulan lagi untuk datang ke sabah.
Ayuh teruskan perjalanan... mendaki sedikit kali ini.
Wokeh. wokeh nampak tanda ni dah nak sampai dah la ni..
Tadaaaaa! Air terjun Kipungit! :D
weheee gegegee.... air dia sejukk, jernih dan ada ikan. Bediri dalam air tu tak sampai satu minit, pasti kaki anda akan dikerumuni ikan ikan secara berjemaah. gelii.. dia makan kulit mati.
Mayah dah Asma dah terjun dulu.. tak dalam sangat kalau berdiri di atas batu
Eh sapa yang tangkap gambar ni? kami pergi 3 orang je.. Misteri.
Buat tangan gaya payung bawah air terjun adalah favorite saya. Silalah cuba nanti. Pasti kalian juga gian nak buat setiap kali jumpa air terjun.
Terapung. Just do whatever you like as if you own the place! yeah.
Gadis Mangga. Lols.
P/S : Tahun depan 2014, tahun melawat Malaysia. Jadi, boleh la list out tempat-tempat menarik dalam negara yang hendak di lawati. Ayuh rakan sekalian, kita terokai, kita kenali dan cintai bumi kita sendiri, Malaysia.
1 comment:
oh maii.bertuah nya dapat tengok rafflesia depan mata.jeles tau.haha ^^
btw,okey saya akan cuba buat tangan gaya payung uh bila pergi air terjun okey?
blogwalking here.feel free to drop a visit to my blog : http://bynuratikaaziz.blogspot.com
thanks sis :)
Post a Comment