Sunday, August 18, 2013

Cerita Hari Raya Saya 2013

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin semua...

Ni cousin saya Amirul Mustaqim. comel macam saya tak? hahaha 

Raya kali ni tak de gambar satu family. Kami sekeluarga masa first day raya tu ada di tempat berasingan. Tapi lainnya raya tahun ni saya bawa kawan saya dari America datang beraya di kampung. Saja la nak bagi dia experience the culture. Dann nak bawak dia jalan-jalan.

Sehari sebelum hari raya tu saya, Iman dan Asma (kawan sekerja dari US) dah bertolak balik kampung. kami bertolak petang dan sampai tengah malam. Yup, saya drive dari KL ke Perlis. Tak jem pon sebab ramai warga kota dah balik kampung awal-awal lagi. Mama, baba, op and yasir balik perlis lepas solat raya sebab mereka nak beraya di Bangi dengan kak ngah, Hafiz my brother in law and Yusof my new born nephew!

Raya pertama dan kedua, kami ziarah sanak saudara dan ronda ronda kampung.

Iman and Asma on Kangar Hotel roof. Pak su saya punya hotel. Boleh la dia nak tengok-tengok bandar kangar dari atas ni.

Kait buah rambutan dekat rumah tok cik

Tengok tempat ternak Lobster (udang kara). Nampak tak tu beribu ribu lemon telur lobster tuu.. tempat ni baru ja bukak 1 julai hari tu. kami ni visitor ke 67 melawat situ.

Bersama Lobsterman Lt Khairulannuar. Kalau nak tahu tentang ternakan lobster ni atau nak beli ke.. haa bolehlah menghubungi beliau di email address ni : xlt9006@gmail.com

Pergi gua kelam. Tapi tutup pula reraya ni. Duduk depan gua pon okeyy.

Raya ketiga, bawa Asma jalan-jalan ke Langkawi. Yelah Perlis ni kan dekat je dengan Langkawi. Kami bertolak pepagi sebelum subuh tu haa.. siap sembahyang subuh dekat jeti kuala perlis lagi. punyalah semangat nak pergi Langkawi.

Beratur punya la awal pagi. dapat tempat duduk bawah sekali?? ni nak tengok apa cemni ni.. tak dak tingkap.

Hujan-hujan macam ni berendam kaki dekat hot spring well dulu. nicee..

The Sandy Skulls Beach

Lepas pergi hot spring tu kami pergi beraya rumah Che An. dah makan-makan semua dia bawa kami mandi pantai.. *yeazz!* seharian kami berenang. Mula mandi di pantai kok dulu, lepas tu pergi mandi dekat pantai favorite che an pulak.. pantai pasir tengkorak. Dua-dua pantai pon best! kami datang langkawi memang nak mandi pantai je pon semata-mata. hahaha. Nak pergi semua pantai tak sempat la pulak kann sebab petang tu dah kena balik.

Raya keempat, melawat mak tok sebelah mama di Peneng dan terus balik Kuala Lumpur sebab esoknya dah kerja. Jem teruk gila time balik. tak bergerak langsung sampai terpaksa keluar highway Gopeng, tidur hotel. Kalau tak sebab bawa guest balik kampung lah, dah lama dah saya drive sambil tido. hahahaha.

Okeh. tu je cerita raya saya tahun ni. ohh.. Alhamdulillah raya kali ni tak dihujani pertanyaan bila nak kawin. Semua orang ashik tanya pasal tempat kerja sebab bawak balik officemate American raya sekali. LOLs!!



1 comment:

penaberkala said...

amboih, jalan sakan nampak
meriah betul raya nye