Wednesday, October 31, 2012

On the way balik KL

Teringat teka-teki adik Iman semalam. Buah apa paling pemalu? haa.. cuba korang pula teka buah apa?

 |
 |
 |
 |
\/

jawapannya..


 |
 |
 |
 |
\/


tentedenggg..


Buah strawberry!! First first tu saya macam terpinga-pinga jugak, eh asal jawapan dia strawberry pulak nii..kan. pastu adik Iman cakap sebab dia ada jerawat.. sampai merah merah muka dia tahan maluu. HAHAHA layankan jelahh tekateki macam ni. lawak la jugak, tapi malas nak mengaku lawak, sebab nanti ter-imagine jerawat nanah. *maaflah, imaginasi sedang mengalami reputasi yang teruk sekarang*

Semalam pergi Cameron highlands. Asalnya nak lari dari jem on the way back KL. Soo kami ikut jalan kampung mana tahu tak jem sangat. Unfortunately, jem juga. Baba dah pening nak drive plus ngantuk sampai terlelap masa drive. serious bahaya. Saya bukan taknak tolong, tapi jem macam ni punya teruk, argh. pening sama lah.

Sampai Ipoh, kami check in hotel dan bermalam disitu. baba tanya " k.long nak pergi cameron tak? k.long belum pernah pergi lagikan. Esok kita pergi, kot kot la kak long nak tengok ladang teh". Adik beradik yang lain semua dah pergi. Tahun ni dah dua kali diaorang pergi. Saya last  naik cameron darjah berapa tah.. tak ingat. Bila dah besar-besar ni tak pernah pergi pon. haha. "Okey jugak ba. alang-alang dah sampai sini jomlah kita gi cameron!". Iman dan Opie teringin nak pergi lost word of tambun. Masa kitaorang lalu dekat sunway city tu, tanya juga theme park dia buka pukul berapa, diaorang kata hari isnin pukul 11.00 baru buka. Lambat sangat! hahaha. In conclusion, k.long menang. Kita gi cameron!! *Yeay*


Subhanallah! segarkan.. hijau je. hurmmm.. nyaman. nyaman. *sambil kembang kempiskan hidung*



Lepas makan strawberry di taman Agro Park Al-Mashoor sepuas hati, kami ke Camaron valley minum teh. mahal juga. teh O ais dia.. RM 4.50. Hahaha.. sebenarnya baru je lepas minum teh o ais RM1.50 masa dekat ipoh. Hmmm.. beza mesti beza. Memang rasa dan bau dia pun lain. Tapi... harga.. maaf cakap tak sesuai la mahal dia. Itu pandangan saya, mungkin sudah pernah rasa yang lebih sedap dengan harga yang berpatutan kott

Selesai ronda-ronda, kami ke pasar sayur segar pula untuk membeli sayur-sayuran sebelum terus pulang ke KL.

Gambar masa turun dari camaron, Baba sempat lagi singgah gerai buah tepi jalan sebab nak rasa buah durian orang asli.


Gambar masa makan stoberi dekat strawberry park

Alhamdulillah, kami sampai rumah pukul 9.00 malam semalam. Lompat atas katil, terus mimpi indah. HAHAHAHA.





P/S: kepada rakan-rakan blog, moga masih lagi sempat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidiladha, dan didoakan kalian semua dilindungi dan dirahmati Allah(SWT) selalu. Amin.

3 comments:

Unknown said...

Kem salam adik. Cakap die buah tomato merah gak muke takde jerawat pun. Hahahahaha

Ni reply kt blog: hahaha masak ah. Ade dapur lain. Bakar pakai surat kabar tu bulu lembu tu. Hahah! Nanti ajar aku bahase ayammmm..serius2 nak belajar.

chesakinah said...

Adik aku cakap tomato merah sebab dia tembam. soo dia pun kira pemalu gak la.. tapi tak la 'sangat' macam stoberi.

Ni bahasa ayam level one. aku ajar sepatah dulu...

ko kook ook maknanya Bangun weh bangunn!!

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Dulu last pergi Cameron masa sekolah rendah kot. Best! Paling teringat lagi aroma Teh dekat sana. Sedap dan memikat, eceh. Tang harga tu tak ingatlah pulak kan. Hehe.

Durian! Teringin pulak nak makan. Hee~