Wednesday, September 19, 2012

Majlis Nikah Kak Ngah

Assalamualaikum Makcik, Pakcik, kakak, abang, adik-adik dan kawan-kawan sekeliannn..
Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menceritakan suasana kemeriahan majlis akad nikah adik saya, k.ngah atau nama penuh nya Che Yusairah bt Che Bahanuddin... Sah? sah? alhamdulillah sahhh intro ni skema.



Adik saya sah bergelar isteri pada tanggal 13 bukan 31. Bulan 9 bukan bulan 8, tahun ini. Majlis berlangsung pada petang khamis selepas asar. Ayuh kita view view sesi akad nikah di masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi dan jamuan makan disana sebelum kita view view suasana di rumah. Well, nak eksyen la sikit bilik and pelamin yang kitaorang buat sendiri dengan bersusah payahh. Cantik la juga.. wahahaha! terperasan la pulekk..walhal biasa-biasa je ponn. Biasala babe sekali sekala nak eksyenn, DIY kann. But, most important is the effort and the teamwork shown by our family members which made it looks beautiful! seriously.. beautiful! :)

Akad nikah dilakukan sendiri oleh baba

Saya, mak tok dan mak teh di tempat solat perempuan

Catering by Makcik Anim, kawan mama.

Okey dah boleh makan. Orang lelaki ambil makanan dahulu.

Giliran muslimat pula. Ada soto dan kuih muih. Teh tarik mestilah ada petang-petang begini.

Selesai jamuan makan di masjid,tiba masanya rombongan pengantin lelaki bertandang di rumah untuk berjumpa pengantin perempuan.

masa untuk menyarungkan cincin

Pengantin dibuli untuk menggayakan pelbagai aksi untuk bergambar.*awkward*hahaha

Selamat penantin baru angah and hafiz!


Jom!bergambar bersama pengantin baru..




Malam tu kami ada makan-makan bersama keluarga terdekat berserta sesi memotong kek untuk meraikan kedatangan ahli baru.


Okey.. tu je la cerita majlis akad nikah kak ngah. Lepas ni kita cerita-cerita pasal majlis walimatul urus (kenduri) mereka pula eh. Islamic style! insyaAllah. :)





P/S : Ehemm, saya la wedding planner diaorang.*nak jugakk cakap wehh.. tolong laa kan? kan? kan? -_-" 
papehal pon stay tune! hehehe~


2 comments:

-iLLa- said...

Kakaknya bila pulak??kekekekeke

chesakinah said...

Insyaallah... jika diizinkan Allah, tahun depan? hehehe :D