Raya kali ni saya dan keluarga balik beraya di perlis. Bukan kali ini saja, nampak gaya macam sudah 3 tahun berturut-turut 1st raya kami di Perlis. Hahaha.'Team baba' menang setiap tahun berturut-turut nampaknya sekarang. Jadi 'team mama' terpaksa akur untuk beraya di Penang pada hari lain selain 1 syawal. Kepada team mama, bersabarlah raya kan sebulan.
Kami adik beradik bagaimana pun tak kesah beraya di mana sebenarnya. Di bangi pon seronok juga, tapi di Perlis lebih seronok! Hahaha. Mungkin kerana sanak saudara di Perlis lebih rapat dengan kami. *saya team baba* hahaha.Dan.. Alhamdulilah ala kuli hal, Raya kali ni keluarga kami lengkap sebab asma dapat balik beraya di Malaysia.
Ini gambar Raya keluarga besar saya. Che Nerat family! :))
Korang tahu tak bahasa utagha ni sebenarnya lain-lain? lenggok dan loghat bahasa dia lain sikit. Kalau orang utara, mereka tau la kot beza dia. kalau yang tak tau tu, tak peka la kot! hahaha. kedah bunyi cam lain sikit, peneng belain sikit, peghlih pun belain juga bunyi nya.. ala-ala lanjut gitu. haha
Cerita pasal bahasa perlis ni, masa balik hari tu ada la dua tiga patah perkatan yang cheq baghu dengaq (saya baru dengar). tak ketahuan hala juga nak figure makna dia pa. (Rojak habis dah bahasa saya nih! layankan je la eh;)
Ayuh kita ulang kaji 3 perkataan-perkataan itu ye. mana tahu kalian berjodoh dengan Oghang perlis, tak la terpinga-pinga sangat.
Belantan : Parang
Contoh ayat : " kak long pi caghi sat belantan nak belah nyok" kata tok nerat
Maknanya : " kak long tolong carikan parang untuk buka kelapa" kata tok nerat
Capah : Dulang
contoh ayat : " Bok mai capah sat nak buh cawan ngan pighing" kata tok nerat
Maknanya : " Tolong ambilkan dulang, nak letak cawan dan piring" kata tok nerat
Petela : Buah betik
Contoh ayat : Pak jang beli petela oren manih kemain
Maknanya : Pak jang beli buah betik warna oren yang sangat manis
Saya first first pun ingat petela tu petola sayur tu. rupanya petela tu buah betik! hahaha. Okeylah tuan-tuan dan puan-puan, selesai sudah sesi pembelajaran loghat peghleh kita untuk kali ini. kalau ada perkataan baru yang saya dengar, kita belajar lagi eh.
Sebelum cheq beransuq, cheq nak mohon maaf lah kalau-kalau selama cheq ber blog ni ada yang terasa hati ka ngan cheq.. tersalah cakap, tersalah taip ka.. semua-semua lah! cheq betui-betui mintak ampun mintak maap naah.. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin! :))
Haa ni dia mak tok kami!!
P/S : mak tok kata : " kenduri kak long kita buat kat peghleh nah.. senang sikit". adoi. -.-"
No comments:
Post a Comment