Sunday, February 5, 2012

Qasidah Ya Badrotim

Hari ini seharian adik saya Angah yang baru pulang dari sabak bernam tu memasang qasidah Ya Badrotim didalam bilik. Sedikit sebanyak terkesan juga keharmonian Qasidah ini didalam hati. Tambahan pula, maknanya cukup menarik.

Ayuh kita dengar dan hayati makna Qasidah Ya Badrotim ini..




يَا بَدْرَ تِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَالِ مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَمَقَالِيْ

Wahai purnama, Wahai purnama
wahai purnama Yang indah lagi sempurna
Bagaimana, bagaimana Nak ku luah dengan kata-kata


أَنْتَ الَّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُلاَ فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَلِ

وَبِكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَامِ وَالإِفْضَالِ

Engkau menyinar di alam tinggi, di alam tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan
Dengan mu alam bergemerlapan, bergemerlapan
Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan


صَلَّى عَلَيْكَ اللّهُ رَبِّ دَآءِمًا أَبَدًا مَعَ الإِبْكَارِ وَالآصَالِ

وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مِنْ قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَالِ

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya
Siang dan malam jua, siang dan malam jua
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu, Mereka yang istimewa dan amat sempurna



** Moh kita berselawat sebanyak-banyaknya, moga mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak. InsyaAllah.

8 comments:

Anonymous said...

Wah.. Cik Sakinah tau Qasidah Burdah.. Kat negara kite baru nak femes.. Kebanyakkan alunan Qasidah dibawa oleh anak2 pondok dan ribat dalam persembahan mereka..

Pondok Usang said...

Wah.. Cik Sakinah tau Qasidah Burdah.. Kat negara kite baru nak femes.. Kebanyakkan alunan Qasidah dibawa oleh anak2 pondok dan ribat dalam persembahan mereka..

che sakinah said...

Oh.. Qasidah burdah tu saya tahu juga. Qasidah tu memang femes.. dari kecil saya dah dengar. setiap kali saya dan adik2 balik kampung, Arwah atuk saya selalu suruh join budak2 baca di masjid . (arwah atuk saya Imam and ketua kampung masa tu.. hehe)

Qasidah ya badrotim ni sedap kan? cuba dengar Qasidah Muhammadiyah pula dan hayati makna dia.. honestly, memang boleh menitis air mata :)

Anak Munsyi said...

wahh, indah sgoh. sebak rasa :)

che sakinah said...

saya baca komen awak sambil tengok picture display awak.. hehe
awak ni cute betull lah!! *cubit pipi* :D

Pondok Usang said...

pipi saya taknak cubit ke.. owh.. sbb profile pic sy membelakangi gambar.. ok.. alasan bole diterima..

Abu Huzaifah said...

sgt indah... :D

AzwanRamli said...

Nice one...