Sunday, December 18, 2011

Ustaz Azhar Idrus di Masjid Hasanah Bangi

Assalamualaikum semua. Apa khabar? hati korang sihat? hahaha. Hati saya alhamdulillah sihat.. ye la kan baru balik dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. terbaikk!

Petang tadi balik je rumah tengok apesal seksyen 9 sesak sesak dekat jalan nak masuk mesjid ni.. tak tahu pula ada ceramah Ustaz Azhar. huih.sesak wey.. ramai betul orang datang nak dengar ceramah.. tak sangka betul! seronok sungguh tengok muslimin muslimat di Bangi macam ni. Penuh je mesjid.. kalah semayang raya. :)

Tahu je kata Ustaz Azhar yang datang bagi ceramah live sini.. sampai je rumah terus saya siap-siap , solat maghrib, then terus rushing ke masjid. walaupun penat tak terkata sebab group discussion dari pagi sampai petang hari ni, tapi ceramah live ni mesti kena pergi! tak jauh mana pun mesjid hasanah tu, sekangkang kera je pun dari rumah saya.

Saya sebenarnya nak recall balik apa yang saya dengar tadi. Tapi dah tak terdaya nak focus menaip disini dan mengingat satu persatu. Yang pasti, tadi ustaz tekankan pasal SOLAT.

"Biar lah nak rock ke nak rap ke nak Basikal fixie ke, yang penting solat kena jaga! Itu yang utama."

Mama saya pun ikut juga, mama first time dengar ceramah Ustaz Azhar. tapi mama tak faham bahasa terengganu. hahaha. Gelak kan mama pula.. saya pun tak berapa faham bahasa terengganu, tapi bila dah selalu dengar ceramah ustaz di youtube saya dah boleh faham apa yang ustaz sampaikan. Alhamdulillah~

Dengar kata esok Ustaz Azhar akan ke Masjid Al Mardhiyah, Taman Melawati pukul 3 petang. sesiapa yang tinggal berhampiran boleh la pergi ye. Bagus sangat-sangat kalau dapat adakan masa untuk mendengar ceramah.. pergi la dengar. Selamatkanlah hati anda, iman anda, diri anda.. cewah!(ok tak saya promote? heheheee)

Moga-moga ustaz dapat datang lagi untuk memberi tazkirah di Bangi ini. InsyaAllah.
Okeylah .. goodnight semua. Assalamualaikum :)


poster ceramah tadi



P/S: Tadi, masjid hasanah teramat penuh sampai terpaksa solat isyak 2 kali jemaah. Bayangkanlah ramai tak ramai...



3 comments:

Model Baju Murah said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Pondok Usang said...

puluhan ribuan org datang.. kutipan juga memberangsangkan.. Alhamdullillah...

selamat tahun baru Sakinah..

che sakinah said...

@penjual baju: salam kenal juga :)

@pondok usang: datang tak hari tu?

thank you. Selamat tahun baru juga :)