Friday, November 25, 2011

Unta menangis

Assalamualaikum semua. hamboih.. lama benar terbiar blog nii. Meh le kita memeriahkan keadaan dengan bercerita cerita. hehehe.

Hari ini sudah 28 Zulhijjah 1432 H. Ini membuktikan yang bulan haji masih belum berakhir, dan saya masih sempat lagi nak sharing-sharing cerita pasal korban dan sembelih menyembelih. hahaha.. better share then never! kih kih kih.

Raya haji kali ini saya dan adik-adik (kecuali Asma) beraya di Bangi saja. Sekali lagi beraya haji tanpa mama baba kerana kali ini mereka ke Mekah menunaikan haji. Tak lah sedih mana pun sebab kami sudah biasa begini. hahaha. Hari tu mereka telifon. Mama baba kata, mereka makan unta dan minum susu unta.. waaahh. Entah bagaimanalah rasanya teringin juga nak merasa.

Cakap pasal unta. Teringat pula cerita Asma masa berborak dengan dia di telifon raya hari tu.hahaha. Seronok dengar cerita dia beraya haji di Mesir. Asma cakap pelajar-pelajar Malaysia disana sembelih unta dan lembu. Banyak juga katanya.

Saya tanya, biri-biri takde ke? sebab dulu masa saya menyambut Aidiladha di South Africa, kami berpeluang makan daging biri-biri korban sahaja. Lain negara, lain pengalaman.. betul tak?;)

Asma cakap ada ja biri-biri. tapi mereka tak beli sebab tengok biri-biri tu makan sampah. time-time dekat nak raya korban barulah penternak-penternak tu sibuk-sibuk bagi makan bijirin.. konon-konon biri-biri itu dijaga dengan sempurna. Walhal hari-hari budak-budak Malaysia ni dok nampak biri-biri tu makan sampah tepi jalan. Memang tak teringin nak beli la kann. hahaha. lawak pula dengar kisah biri-biri disana.

Asma cerita, time sembelih unta tu, ada la sekor unta ni menangis sebelum dia kena korban. sedih oo Along. Yang comelnya, kitaorang terpaksa pujuk unta ni untuk jinak kan dia. Eh, kenapa pula dia nangis? saya tanya. Ye laa...sebabnya dia tertengok kawan dia yang kena korban dulu..




Kesiannya unta tu tertengokk.. sedih pula. hhmmm.. sebab tu lah kalau boleh ketika menyembelih binatang, jangan kasi binatang yang bakal disembelih tu tengok kawan dia sedang disembelih. Yang dah disembelih pun jangan kasi tengok. Tak elok k.

*****
Rasulullah bersabda (artinya): “Sesungguhnya Allah mewajibkan perbuatan baik terhadap segala sesuatu. Apabila kalian membunuh maka bunuhlah dengan cara yang baik. Dan jika kalian menyembelih maka sembelihlah dengan cara yang baik pula. Hendaklah salah seorang diantara kalian menajamkan pisaunya dan menyenangkan (tidak menyiksa) sesembelihannya.” (H.R. Muslim)
*****


Tersedar seketika bila Asma cakap..
Along! cuba kita tengok dari sudut yang lain, unta pun ada perasaan. Mungkin dia pun terfikir adakah amalan-amalan sepanjang dia berada didunia ini (sebagai makhluk) akan di terima oleh Allah taala.. tu yang dia nangis tu. kita pula macam mana?

Wallahua'lam.


3 comments:

Pondok Usang said...

penyu menangis siapa yg tau.. elow jiran ku...

syafiqa said...

tp org kata tak elok menangis kalau
tgk binatang kena sembelih.
err.mungkin unta menangis juga.

chesakinah said...

@pondok usang: hi jiran tetangga! penyu menangis kenapa pula? hehe

@syafiqakarim: betul. memang tak elok pon.