Friday, November 11, 2011

'ong' sebelas

Apa khabar kalian semua? ramai sungguh yang teruja dengan tarikh hari ini. mungkin tarikh ini ada ong bagi kalian, dan puaka bagi kailan. ya, kailan itu nama sayur. Pakcik-pakcik sayur disaran supaya berhati-hati menjual kailan hari ini. Boleh jual bayam, sawi, kangkung dan sayur-sayur lain, tak apa. zzz.

Status-status di facebook yang berunsurkan nombor ong ini pastinya sudah melampau lampau di home kalian. Sungguh meriah sekali. Silalah like semua status-status itu. ada ong maa.. percayalah! Jika status seperti dibawah ini, tiada ong, maka tiada 'like'!


Sudahkah kalian tahu rahsia nombor sebelas ini? saya ada sedikit Ong untuk minda anda. Jom ke sekolah dan masuk ke setiap kelas!

Kelas computer
Ingat lagikah pakcik sayur sekelian dengan bahasa computer yang kita belajar dulu? yaa namanya binary numeral system. bahasa yang hanya boleh dibaca oleh komputer ini mengandungi angka 0 dan 1 sahaja. Jika tahun lepas pada tarih hari ini, bacaan binary nya ialah 111110 maka ditukar pada angka sebenar (decimal) ia bersamaan 62. Tahun ini pula binary nya 111111 bersamaan dengan angka 63. Tahun depan bukan lagi tahun binary dan Percaya atau tidak 2 tahun ini saja tahun bertarikh binary yang kalian akan jumpa.

kelas mathematic
Dalam kelas ini kita dapat belajar keistimewaan angka 11. Jika kalian mendarabkan dengan angka 11 itu sendiri, maka akan terjadi bilangan seperti berikut..

(2 digits) 11 x 11 = 121
(6 digits) 111111 x 111111 = 12345654321
(9 digits) 111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Ajaib dan menarik kan?

kelas Sejarah
Memandangkan tiada apa yang istimewa pernah terjadi di Malaysia pada tarikh ini, (tiada yang saya tahu, jika ada sila bagi tahu la ye) Kita lihat saja signifikasi tarikh ini di negara seperti America, Canada and Australia. Pada jam 11 am bertarikh 11/11 setiap tahun orang-orang America, Canada and Australia akan berdiam seketika bagi menghormati askar-askar yang berjuang untuk negara mereka. (silent moment)

kelas geography, kita ponteng sajalah kurang berminat. hahaha


PERINGATAN:

sebentar lagi jam akan berdetik menunjukkan pukul 11.00 pm, tunaikan lah kewajipan menghapdate status di fesbuk! katakan..
hari ini bertarikh 11.11.11 dan jam menunjukkan pukul 11, 11 minit, 11 saat!
pasti kalian akan mendapat Ong!!



ong kedekkedek.. Ong kedekkedekk.. theehee ;p

5 comments:

Pondok Usang said...

kerana nombor juga manusia berkira-kira...

Thania said...

hehehe... daa msk binary sistem daa.. mula2 blaja binary sistem tuh, agk pening n serabut skit.. hahaha... tp pada tarikh, manusia bleyh jadi selfish.. tol ker??? hehe

EmpayarUtama said...

Saya tak pasti...
Salam kenal :)

Not so Randy said...

yok yok jo.. =p

che sakinah said...

@Pondok Usang: kiraan 1 2 3.. 1 2 3.. over! ;P

@ thania: mungkin.. manusia ni macam2.

@EmpayarUtama: Salam kenal juga :D

@not so randy: hahaha.. pasti ada cerita di sebalik nama itu ;)