♫ Mengapa dia yang ku cinta
Sedangkan ku tahu sikapnya begitu
Dia pandai berpura dan pandai bermain kata.. ♫
err.. tak ingat pula lirik seterusnya. sila sambung kalau korang ingat.
Intro kali ni lagu fauziah latip weh. kau feeling tak? tak?? okeyy *sambil mata menjeling pada gambar jejaka kacak diatas*
korang pasti kenal Edison Chen yang kacak lagi tampan itu bukan? hari ini cerita dia kembali hangat dengan mangsa yang seterusnya. Amoi cun yang bernama Cammi Tse. Seorang model yang berusia 16 tahun. Waahh! apakah kesah nya?? *muka kepoh*
Difahamkan bahawa Cammi Tse telah kehilangan daranya kapada Edison Chen. hah? kehilangan dara?? Yaa "dara" bukan dare apatah lagi kata kerja dera. Jauh sekali kera.
Sambil teresak-esak menangis, dia mengatakan kepada media:
"Although we were together for only three months, we really had a great time. He loved me so much at the time and I believe he was wholehearted"
Terjemahan kata-kata syahdu tak bertempat:
"Walaupun kami bersama hanya 3 bulan, kami betul-betul bahagia. Dia sangat cintakan saya ketika itu dan saya percaya dia cintakan saya sepenuh hati." huwaahuwaahuuu <-tambahan.
Berita ini kecoh setelah gambar mereka berdua berpeluk cium tersebar di internet. Puncanya amoi ni hilang hempon, pastu ada orang jumpa pastu nampak gambar mereka berdua. pastu bermulalah penyebaran ke internet. eh, bisa la cerita macam itu kann. Yang bestnya bila si tampan ini menjawab pada media..
"When I met Cammi, I felt we could develop further. We just started our relationship and this happens. I have no comment. I want to tell everyone that this moment, I am still single. Thank you all for the concern!"
Terjemahan kata-kata romeo :
" Bila saya jumpa Cammi, saya rasa kami boleh pergi jauh. Hubungan kami baru saja bermula dan ini pula berlaku. Saya tak nak komen apa-apa. Saya nak bagi tahu semua yang pada saat ini , saya masih single. Terima kasih lah semua sebab ambil berat!" yahoo!! bebas!<- tambahan.
Anyway, cerita mereka ada di Yahoo news soo anda boleh lah baca di sini.
end
*****
Perempuan harus sentiasa berhati-hati. Ya, memang aku cakap pada diri sendiri juga. Tak dapat bayangkan kalau tiba-tiba ada lelaki muka macam Edison Chen tegur, tak pun muka macam Ariel datang nak berkawan kononnya. Nak layan tak? tak kan tak layan kan? muka tampan, bau pun wangi, kata-kata dia semua kau rasa manis, indah-indah belaka. Ah, tipu lah kalau naluri perempuan kau tak flutter sikit pun! Sumpah aku sendiri pun cair. Tapii..
kau, aku , kita (perempuan) harus ada perisai. Muka topeng yang memberi senyuman yang menggoda itu kita kenalah tepis sebelum menikam, menyiat-niyat jiwa dan merobek-robek hati. Aku tak ajak kau kebal seperti malek. takk. Malek lelaki, kau perempuan. Aku cuma ajak supaya lebih berhati-hati. Kita perlu berwaspada. itu saja. Ini beberapa senjata dan perisai yang boleh aku konsikan dengan kau. Guna bila perlu..
1) Elakkan diri dari mudah terpegun dengan lelaki yang baiknya tak bertempat. kemungkinan dia player. Maksudnya, dia buat sesuatu yang too good to be true. . kau kena paham tu.
2) Jangan biar dia ringan-ringan dengan kau. Contoh, awal-awal lagi sudah cuba pegang-pegang tangan kau. *awas! mereka bernafsu untuk menjalar di tempat lain*
3) Kenalkan dia dengan kawan-kawan kau, keluarga kau. Dengar pandangan mereka juga tentang dia yang kau baru kenal itu. Remember your family and friends were there for you before you even meet him.
P/S: Take good care of your self.
3 comments:
waaaah :D
da bole jd menteri wanita & pembangunan ni. :)
hehe :D
Aril xdelah salah melampau..semua perempuan yg dia ehem2 mmg rela hati nk ber-ehem2 dgn dia..ada yg terlebih over nk kan aril actually. cuma case dia tak adilkn. kenapa aril sorang je kena hukum, kenapa tak perempuan2 yg bersama dgn dia sekali kena. Tak adil , tak adil....
waiting for Aril back to industri :)
@ pura : nampak gayanya malang nasib lelaki. hahaha
@ ain : sebab aril lelaki. hahaha. yup, perempuan2 tu patut kena juga sebab mereka rela berzina.
psst.. kau tahu, dkt uia ada budak muka macam aril. henseemm! ^^, theehee~
Post a Comment