Tuesday, August 16, 2011

Bila kawan blogger berlainan pendapat

Salam ramadan semua..

1000 kali saya berfikir untuk buat entry ini.. hahaha
Sejak perhimpunan bersih 0.2 hari tu lagi saya pendam perasaan ni. Susah pula rasa nak meluah rasa walau di blog sendiri. Sampai hari ni baru rasa ada sedikit kekuatan untuk berbicara.

Tulusnya saya sangat2 seronok sebab dah berkawan rapat dengan beberapa blogger. Mula2 rasa nak kawan macam biasa2 saja. maksudnya di blog sahaja. Tapi, bila dah terbawa-bawa ke facebook terasa terapat sangat la pula. hahhaha.

Semestinya diaorang yg add saya dulu, kalau saya nak add diaorang memang tak la kan. Eh, saya bukan berlagak laa.. saya kan pemalu orangnyee. kih kih kih.. add or like fan page diaorang je boley r kot. Saya masih rasa tak layak nak kawan dengan orang2 femes ni.. masih belum seberani Malek. yelah, kalau diaorang kasi hentam sini, sini, sini.. *gaya ajib kl gangster* waa.. habis la saya kurang semangat ber blogging.

Saya memang susah nak accept orang dari 'blogger' ke 'facebook'. maaf sangat2 sebab saya rasa facebook sangat personal dan saya pula tak ada fan page. rasanya tak perlu pun kot. saya ordinary blogger saja. Tapi kalau ada yg betul2 mahu berkawan, saya accept saja dengan syarat beritahu dahulu korang ni kawan dari blogger. Takut nanti tunggu bertahun pula. Kalu korang bersungguh pasti saya accept. cewaaahhh.. poyo tahap otromen betul lah. ngeh ngeh ngeh~~

okey, back to the point. Al kesahnya begini, masa baca2 blog kawan2 yang tulis pasal bersih 0.2 hari tu, saya komen r kan.. tulis je la apa saya rasa betul. well, semua orang ada pandangan masing2 kan? luahkan je la kan?.

Malangnya pandangan kita berbeza. yelah, lagi2 isu politik negara.. macam2 la otak kita menjana ayat untuk menyokong pihak2 tertentu. Walaupon ada juga yg berlagak seperti berada ditengah2, gray area dimana bahasa kasarnya 'lalang' sebab nak selamat, tapi kecenderungan kesebelah pihak tu masih terserlah ayunya. alah biasa la kan.. bias tu tetap kena ada. serupa juga saya, haruslah bias kan bila bangkit isu politik begini.

Nak ikutkan boleh je saya nak komen sebagai 'anon' sebab saya kurang setuju dengan pandangan dia. malangnya saya dari awal berblog tak terlatih untuk berbuat demikian pula. so, mana2 pon saya pergi , saya adalah che sakinah.

Dalam ayat komen saya tu saya ada menyebut perkataan 'menyalak'. Saya bukan cakap blogger yg tulis tu yg menyalak ponn.. goshh!! memang tak k. Saya cakap "sama je dua2.. merah lagi dasyat menyalaknya." maka saya ditegur supaya tak menggunakan lagi perkataan extreme itu keatas manusia kerana ianya untuk haiwan. Jangan samakan manusia dan haiwan katanya. Tapi bila ada pengomen lain menggunakan perkataan 'sebahuk' bersih, dan puak2 'bengap' tak apa pula. owh ye lah sesuai sebab ia sifat dan perbuatan manusia kann.. heh.

Tiba2 teringatkan sastera dan literature yang saya belajar dulu. Kaedah retorik (gaya bahasa). Ah, lupakanlah untuk kes ini. pasti hujah ini tidak diterima.. ye lah, bila sudah bercanggah pendapat segala hujah dan alasan tidak berguna lagi.

Apa yang jelas saya tidak sedikit pun terguris dengan pemilik blog itu. dia pon tegur saya dengan cara yg baik dan sopan. saya pun sudah memohon maaf. Saya tulis...

"maaf. kalau setiap orang diberi tempat untuk menyuarakan pandangan masing2 dengan adil pasti tak terjadi kemelut seperti ini."
dan saya juga cakap..
"Thankyou ****. despite of my cruel words in your blog, you do reply them with your kindness"

Yang terguris sangat tu bila ada sorang kawan dia, juga seorang blogger yg saya minat. Dia pula drop komen di blog itu, kata "semak ah che sakinah ni." huyoo.. sakit babe!. hahahhaha. Sebab dia tak cakap semak r merah, semak r kuning.. dia cakap semak r che sakinah. terasa seperti diusir dari blog kawannya itu. hahahaha...

Selepas saya fikir sedalam dalamnya, ternyata perkataan 'menyalak' yang saya gunakan dalam komen itu tiada pula tempiasnya dituju pada bloger yg mengomen itu. hairan pula mengapa saya dikatakan semak samun disitu. Bukan ke semak itu untuk tumbuh tumbuhan? eh? ;p

Saja-saja saya berbahasa-bahasa. Bukan niat untuk berbolak-balik dan memintal-mintal saraf otak-otak anda. memang bukan. Cuma saya ingin ingatkan diri saya dan kawan-kawan blogger yang lain supaya lebih berhati-hati ketika meninggalkan komen atau pendapat di blog orang lain. lagi2 di blog orang femes. hahahahha.. *gelak untuk meredakan ketegangan*

To blogger yg cakap 'semak ah che sakinah ' tu.. thankyou soo much. lesson learned.

1) Jangan cuba-cuba komen di blog yg bercanggah pendapat dengan anda, kalau tak mahu di herdik oleh fans blogger tersebut.

2) Mencipta persahabatan di alam maya tak mungkin sama seperti mencipta pesahabatan di alam nyata. Jangan dikaburi bayang2 alam nyata di alam maya, tiada apa2 yg istimewa disini. Walaupon rasa sudah amat baik dan rapat, percakapan dan tingkahlaku masih wajib dijaga. Anggap saja mereka masih belum betul2 mengenali anda.

Hah! berjela sudah... please ignore my bakuness and sasteradewa dalam entry ini. memang disengajakan. but.... try to think about it and do consider my points ya! :)

Live.Laugh.Love peeps!

P/S: Ter'feeling' pula bila tulis entry ini sambil dengar lirik lagu yg dinyanyikan oleh Rascal Flatts "What hurts the most was being so close. " ekekeke.. mengada-ngada sunguh 'feeling' ini.







3 comments:

Abiggaill said...

Thats y ainn jarang drop komen kat blog orang unless dah kenal sgt dgn ownernya or entry tu jenis santai.,,kalau untuk entry serious ainn prefer dia or jawap tru entry kat blog sendiri .hahaha...

chesakinah said...

tu lah.. ada sedikit penyesalan disitu. hahahaha..

so sekarang dah jadi macam ni nak buat macam mana? hanya mampu belajar dari kesilapan. =,

Just wish in the future I'll meet more friends from blogger like u la ainz. siyes weh. *sigh*

Abiggaill said...

pembetulan word kat atas DIAM not DIA.


awww thats so sweet babe :]