Thursday, June 23, 2011

Kedai rakyat 1 malaysia sudah dibuka

Assalamualaikum semua! waa.. shoq kan bersenang lenang di hari minggu :)
boleh relek relek.. boleh shopping2.. boleh tido.. ahaks! bukan selalu.. penat oo kerja seminggu.. kan?kan?kan? heee~

Ok, Cakap pasal shopping, jom kita pergi jengok2 kedai rakyat 1 Malaysia yg baru dibuka dekat LRT kelana jaya..


Hari rabu hari tu bersamaan 22/6/11, Perdana menteri kita telah turun padang untuk merasmikan kedai rakyat 1 malaysia yg diilhamkan oleh beliau sendiri. Kedai ini menyediakan barangan keperluan harian yg berkualiti dengan harga yg murah bagi meringankan beban pengguna yg berpendapatan rendah dikawasan bandar.


Antara barang yg ada di kedai rakyat 1 malaysia juga termasuklah barangan dari syarikat yg saya sedang 'practical' sekarang ni... Syarikat Fatihah Frozen Food. Ya betul! syarikat kami antara syarikat2, dan badan2 korparat yg sama2 menyokong usaha PM didalam membantu membekalkan keperluan asas rakyat malaysia. *wah! Berbangga gitu..hahahaha*



Masa pelancaran itu juga, PM sempat berkunjung ke booth kami untuk merasa kuih muih keluaran syarikat Fatihah Frozen Food.

Ganbar booth kami serta gambar ketika PM datang berkunjung. Haa.. Yg pakai tudung pink tu bos saya lah tu.. Puan Fatihah.

Kalu korang berada di kelana jaya, jangan lepaskan peluang membeli barangan disana. murah! sangat murah! haa... boleh la beli kuih2 frozen kami juga! berbaloi baloi!! ;)


P/S: Untuk tempahan atau keterangan lanjut berkenaan produk Fatihah Frozen Food, korang boleh lihat di facebook Fatihah Frozen Food okey! Jangan lupa untuk like tau! :D

~ live.laugh love!!~

2 comments:

Auni Aizie. said...

karipap fatihah sedappppp wei, seriusss !

chesakinah said...

kaannn... karipap pusar is t best! :)