Thursday, April 25, 2013

Berjalan-jalan di Perak

Assalamualaikum semua :)

Bersemperna mendapat cuti lain dari orang lain minggu lepas, saya telah pergi berjalan-jalan ke Perak cari pasal hahaha ganasnya perkataann. tak tak saya cari Lata sebenarnya. yezza Lata a.k.a Waterfall! Saya tak tahu Lata tu perkataan dari bangsa apa tapi saya yakin ia telah menjadi bahasa melayu sekarang. lols!

Tepat pukul 12.00 tengah hari pada hari sabtu, saya dan Aina berlari lari mengejar ETS yang akan bergerak ke Ipoh pukul 12.05 p.m. dari Kl sentral. Wohooo!! run, forrest runn!


We were on ETS gold. Tempat duduk semua cantik cantik lagi. penumpang pula tak ramai. Hurm..memang macam ni ke selalu? masa kitaorang naik tu memang banyak tempat kosong pon. Petugas yang datang check ticket kitaorang tu happy je nampak kitaorang. eh ni la yang lelari tadi tu eh? hahaha dia pon perasan ke-exited-an kitaorang bekejar nak naik train. haha!


Thanks Aina sebab teman kita last week :) Guys..check out the empty seats. kenapa laa korang tak nak ikut sekali.. kenapa?? see.. gerabak kosong kot. next time jom la kita berjemaah ke Perak!

Perjalanan kami memakan masa 2 jam sahaja. tak rasa lama pon sebab ashik beborak je dengan aina. catching up with our daily life story, ye la kan masing-masing dah kerja, banyak benda la nak bercerita. Sesampai kami di Ipoh, kawan saya syifa datang ambil di stesyen keretapi untuk bawa kami jenjalan... *wehee!*

Kami pusing-pusing sekitar bandar Ipoh and have quick lunch sebelum ke Kuala Kangsar. Nak tangkap gambar Ipoh, tapi tu laa sekarang kalau tangkap gambar pon tak nampak apa... nampak gambar bendera je time-time nak pilihan raya ni. huhu


Sampi kuala kangsar, kami jalan-jalan dulu tengok istana lama sultan perak yang dah bertukar menjadi muzium. masa kami datang tu, boleh tengok dari luar je sebab masih tutup untuk pembaik pulihan.



Katanya istana ini di bina tampa paku... hurmm menarik.

Tiba waktu asar kami singgah di masjid Ubudiyah. Masjid ni sangat unik dan cantik. katanya sampai masuk tourism map. One of the place tourist should come and visit. And for local who stay near by the mosque you are urge to visit it everyday 5 times a day. get it? ;)


Selepas solat jamak, kami ke sungai perak. Ada barang-barang cenderahati boleh dibeli sekitar kawasan tu. Kawan saya kata di Perak labu sayung dan sulaman tekat merupakan barang yang popular untuk dibawa balik sebagai cenderahati.


Selepas window shopping, *meaahahaha nampak sangat tak beli mende* kitaorang pon singgah sebentar berehat makan ais kacang dekat gerai ala-ala food court sebelah sungai perak tu.

Disebabkan kurang kesabaran untuk melihat air terjun, kawan saya bawa juga pergi jengok-jengok dulu Lata Kekabu petang tu.. disebabkan takut tak puas mandi, kami cadang datang esok pagi dan mandi disini. hehe


Ni pintu depan Lata Kekabu. nampak tak aina happy? ... kihkihkih..


Pagi-pagi keesokakan harinya, kami ke Hutan Simpanan Papulut cari air ganda. Tempat tu lebih kurang setengah jam dari Lenggong tempat kami bermalam.


Nampak tak kulit muka kami jadi suci murni bila terkena air ganda? hahaha. Ramai expert and researches pasal-pasal air ni kata air ganda ni 0.000 kandungan meneral dia. Air dia rasa lain. sedap and fresh. boleh minum untuk kesihatan, untuk kecantikan kulit, cuci muka.. semua lah. kalau korang berkesempatan pergi sana nanti mandi je terus. hahaha


Huyoo... suasana pagi yang nyaman dan hijau. sangat best! udara bersih. Syukur Ya Allah dapat datang sini.


Lepas mandi di air ganda, kami terus ke tempat air terjun. yezz! mandi lagi.. basah-basah naik atas ven nak gi tempat air terjun pulak.. kakaka (mandi pagi di 2 tempat. lols!)


Kami teruskan perjalanan kami kembali ke lata kekabu. motif utama datang perak nak mandi air terjun soo.. lets get back on track! finding the water fall! :)

Gambar atas ni 1st air terjun yang akan kita nampak kalau masuk di kawasan lata kekabu ni. Dalam dia lapan kaki. soo boleh main terjun-terjun macam tarzan.. insyaAllah tenggelam.


Akhirnya kami berjaya panjat duduk sebelah air terjun. mencabar juga panjat atas tu. batu licin. silap langkah boleh jatuh terkena batu dulu sebelum jatuh dalam air."eh korang buat apa atas tu? turun turun..." kata suami syifa.


"syifa! tengok kawan-kawan awak ni tak mahu turun.." LOLs! *tipu. dia tak cakap macam tu pon*  Thanks to muin, my friend's husband for helping us got up there and see the waterfall even closer. Awesome, Awesome waterfall masyaAllah :)


Above are final waterfall. We achieved our ultimate satisfaction by just seeing this beautiful creation of Allah. Dalam la juga air di kawasan air terjun ni. Its current are quite dangerous. soo hati-hati bila mandi sini k.


Sebelum balik kami lalu kawasan ini. Saja nak tengok kolam ternak ikan. Nama tempat ni Tampan air. Semua ikan-ikan dalam kolam ni tampan-tampan belaka.

Banyak je tasik dan kolam disini kalau anda pencinta tasik, ikan dan memancing. Anda pergi la Tasik raban, femes juga disini.

Masa untuk berpisah... saya meneruskan perjalanan ke kedah seterusnya ke perlis menaiki bas. Aina akan terus balik KL menaiki ETS.  


Bergambar sebelum berpisah di station bas baru "Terminal Amanjaya" better then station bus puduraya KL. obviouslyyy ~


Thanks Syifa' and family , Thanks Aina , Thanks all. Orait... Until we meet again readers.. Tata :D


3 comments:

Pinkbubblegumprincess said...

nice place u pegi..nice entry dear.. :)

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Wahh seronoknya dapat mandi manda. Letaklah gambar air terjun banyak-banyak lagi. Hehehe.

Nak tanya, tiket keretapi berapa ringgit? Ada meja tak? Ada orang jual makanan tak? :D

chesakinah said...

@Pinkbubblegumprincess : thanks :)

@huda : okeis will do.. hehe. Tiket hari tu tak silap RM 30 ke bawah. lupa la pula exactly how much sebab dah buang resit huhu. tapi boleh check harga dekat website KTM :)