Intro urban I ol tu abaikan. Ayuh kita review review kenduri kawin... yezz. Kali ni kenduri kawin senior saya masa di ABIM Islamic Secondary School Kajang. echewah pepanjang pula tulis nama sekolah. By the way, short form dia SMI ABIM.
Disebabkan jarang sangat dapat invitation kenduri malam, saya dengan exitednya berusaha sedaya upaya untuk pergi ke kenduri abang Adi pada 29 hari bualan 12, tahun lepas di sekamat, kajang. echeh! dekat jee.. takde la sedaya upaya sangat... bukannya kayuh basikal pon gi kenduri tu.
Beratapkan myvi merah dan GPS kawan saya, maka kami selamat memakir kereta berdekatan lorong yang telah dihiasi pelita sebelum mendaki bukit menuju ke rumah pengantin. Mulanya saya ingat nak jalan saja, tapi bila diberitahu dua kilometer untuk naik ke atas oleh penyambut tetamu, terpaksalah dibatalkan saja hajat itu memandangkan rakan saya semua bertumit tinggi. Maka, kami menunggu saja giliran menaiki shuttle di pondok yang telah disediakan. *ye ye je beceghite, macam gi expidisi naik gunung kinabalu pula hahaha*
Setelah selamat sampai menaiki shuttle mewah, beberapa paparazi telah menangkap gambar kami.. *perasan* terus masing-masing feeling artis turun dari kereta menuju ke kemah. Sebelum itu, sempat lagi saya mengerling ke VIP table mencari pengantin. mana tahu tersalah rumah.. terlihat saja kelibat senior saya menyuap nasi.. yaa sohehlah ini kenduri kawin Adi Uzair dan pasangannya Fadila! detik hati aku sambil melangkah laju untuk mengambil nasik minyak, nasik putih dan lauk pauk semua. eh, ada ulam peria laaa.. my fevret!
sedang makan, hujan pon turun... wahh. rahmat.
selesai makan, terdengar announcement memangil kanak-kanak beratur mengambil kek. Saya bergegas bangun untuk turut serta. Tiba di pertengahan jalan, berhadapan kemah, saya terus mendapat kematangan untuk mengambil teh tarik dan bubur panas yang disediakan disitu sebagai pemanis mulut.. maka kembalilah saya ke tempat duduk degan gaya yang lebih dewasa.
Sebelum bertemu pengantin, melilau juga mata mencari kawan sekolah..kot kot kenal. bolehh lah nak tangkap gambar sesama.. setelah mengenal pasti tiada makhluk dari bumi SMI yang dikenali di kala itu.. saya bergegas melangkah bertemu pengantin sebelum berangkat keangkasa. lagi pun masa sudah suntuk, mama telah membuat pangilan hangit. hahaha*tibe*
Okey cukuplah merepek malam ni... nah ni tengok gambar saya bersama pasangan yang friendly and sweet ni.
Tangga.
First time jumpa decma.. ramah betul macam abang adi. muka pon sama. hehe..
Tahniah sekali lagi dan didoakan semoga kalian berdua kekal bahagia hingga ke syurga. Amin. =)
***
Untuk kawan-kawan yang nak tahu macam mana keadaan kenduri malam, kenduri malam ni sama ja meriahnya macam kenduri siang. Pada pandangan saya, antara faktor yang best buat kenduri waktu malam...
1- Sejuk.. udara malam menjana element romantic dan exclusive
2- Tak penat sangat sebab malam singkat. Event biasanya 4 jam berbanding siang 5 ke 7 jam.
3- Boleh save belanja untuk catering. Ramai nak kurus.. err, tapi kalau kenduri you ol tu ramai yang datang jenis-jenis macam saya, sama ja kot mahal belanja tu macam siang.. hehehe
Next review, kenduri my cousins sarah (sebelah baba) and Ashraf (sebelah mama). InsyaAllah. Gambar mereka tak save lagi dalam computer. soo lambat sikit. *sorry Asma! along will update for you soon*
Tata all. Good night! :)
P/S : gambar ni credit to Aisyah. kemere saya masuk ulat.. soo takleh guna. InsyaAllah akan beli yang baru soonnn. lepas dapat gaji. hahaha.
3 comments:
slalu dkt blah sabah kan buat knduri mlm, blah utara ni jrang sgguh nk jmpa..
@Reiko Masashi : yea ke? waahh...
awak orang sabah eh? teringin nak tengok kenduri di sabah cemana... ada tak tarian traditional yg selalu nampak di tv tu time kenduri? hehehe
huhu..sy org utara tp cik abg je tggl dkt sbah..dia la slalu cite :)
Post a Comment