Thursday, January 26, 2012

Serawa Pisang Nangka

Petang-petang macam ni rasa nak makan manis-manis pula. Chef Rim bukan apaa.. kadang-kadang tu teringin nak makan manisan ala-ala tradisional pula. Memandangkan dekat hutan Chef Rim ni ada banyak pokok pisang nangka, bolehlah Chef Rim kaut kesemua pisang-pisang itu untuk dibuat serawa pisang.

Lagi pun jiran Chef Rim, si Censer tuh.. ala yang belakon cite Rise of the planet of the Apes tu lahh. Dah banyak kali dia telipon mintak resepi Serawa pisang ni. Sebab dekat rumah, dia asyik buat banana milk shake aja. boring katanya..

Okey usah berlengah lagi, jom kita sediakan bahan-bahan.

- Pisang Nangka (bubuh banyak mana suka)
- 1 biji santan kelapa
- Gula merah ( masak dengan air panas dan tapis)
- Sagu (rendam dan tapis)
- Sedikit garam
- sehelai daun pandan

Cara-cara menyediakannya..

1. Buang kulit pisang dan potong dua (potong serong-serong)
2. Masukkan santan, pisang dan daun pandan kedalam periuk
3. Buka api dan renehkan dengan perlahan-lahan sehingga mendidih.
4. Masukkan sagu, air gula merah dan garam secukupnya.
5. Renehkan lagi untuk seketika.
(sambil-sambil tu rasa laa.. kot-kot nak kena tambah air gula kaa kan? tapi kalau pisang tu dah manis, tak perlu la bubuh air gula banyak-banyak)


Okeyy dahh siaapp... sila, sila.. sila makan.
Panas pun sedap, sejuk pun sedap. Kalau nak Cicah dengan roti pon sedaapp... :9



P/S: korang dah tengok cerita Rise of the planet of the Apes? best kan cerita tuu.hehe.

4 comments:

fakhri khairi said...

perghhhhhhh entry ni buat saya lapar haha -.-

nak mintak mak masak resepi ni lah! :D

fakhri khairi said...

perghhhhhhh entry ni buat saya lapar haha -.-

nak mintak mak masak resepi ni lah! :D

nifi2408 said...

Serawa tu macam mana ? Macam bubur ke ?

che sakinah said...

@ fakhri : sila.sila.. nanti kim salam kat mak eh :D


@nifi : haah lebih kurang. kalau orang KL panggil pengat pisang. orang belah-belah utagha ni pangil pengat. :)