Saturday, November 26, 2011

Salam maal hijrah 1433

Mabruk ! mabruk! salam awal muharam dan salam maal hijrah semua :)
Tiba ja awal tahun begini, saya akan teringat kisah-kisah penghijrahan Nabi S.A.W dari kota mekah ke kota madinah yang diceritakan oleh ustaz dan ustazah saya ketika di sekolah rendah agama dulu. Saya memang suka dengar cerita hijrah Nabi S.A.W. seronok betul masa tu dengar di tapak perhimpunan sekolah.

Paling terkesan dihati, bila saya cuba gambarkan betapa gembiranya penduduk Madinah ketika itu menyambut kedatangan Baginda S.A.W.

Bayangkanlah dari jauh lagi mereka sudah melaungkan syair ini dengan gembiranya..

Tala'al-Badru 'alayna,
min thaniyyatil-Wada'
wajaba al-shukru 'alayna,
ma da'a lillahi da'
Terjemahan :
Telah terbit bulan purnama ke atas kami
Dari jalan yang bernama wada'i
Wajiblah kami bersyukur kepadanya
Selama ada orang yang menyeru ke jalan Allah

Setelah ashik mendengar ustaz bercerita, tiba-tiba, bunyi kompang dan launggan syair seperti diatas ini dari penashid sekolah. Disahut pula oleh suara pelajar lain beramai-ramai. hah! lagi lah! terasa perasaan masa tu bersemarak semangat! Korang pernah rasa begini waktu di sekolah agama dulu?? berpengalaman? jom kongsi cerita dibawah.. hehehe :D

Bagi yang tidak berpeluang ke sekolah agama sewaktu kecil, tak apa.. anda masih belum terlewat mengetahui sejarah dan cerita penghijrahan Nabi. Carilah! dan dalamilah cerita ini. Sungguh rugi jika anda masih tidak tahu. Lagi berganda-ganda ruginya jika anda tidak ingin pun mengambil tahu.

Ayuh kita dengarkan nashid dibawah ini dan hayati liriknya.. mana tahu selepas mendengarnya anda juga tahu serta lebih faham cerita dan peristiwa tentang penghijrahan nabi. :)





** Walaupun muharam bukanlah bulan penghijrahan nabi, kita harus faham permulaan perkiraan takwim Islam (kalender Islam) adalah berdasarkan tahun penghijrahan Nabi S.A.W. ke madinah. **

Semoga di tahun baru ini, kita sama-sama berusaha berhijrah kearah yang lebih baik. InsyaAllah.

Salam maal hijrah 1433 semua.


P/S: Masa kecik-kecik dulu, saya suka sangat dengar Nashid Maal Hijrah tu. hehe :)

3 comments:

Solihin Zubir said...

bila dgr nasyid tu, mmg nostalgia sgt rasa.. hehe..

salam maal hijrah..

Unknown said...

rasanya masih belum terlewat nak wish salam maal hijrah.. heheh...

nasyid tuh mmg beri kita smgatn tenang jerk.

chesakinah said...

salam maal hijrah juga korang :)